Followers

Sunday, December 23, 2012

Cucur udang menu petang ini

Salam semua bloggers. Tak dak apa nak cerita memalam nih. Sebelum naik atas sereka baju untuk pakai esok, nak juga kak-M siapkan satu entry ni. Saja nak kongsi menu petang tadi. Cucur Udang saja. Ha, macam la bagus sangat. Heee. sebenarnya nak khabar yang sos tu kak-M bikin sendiri. Asik makan sos maggi jer berzaman di tukar ganti dengan sos linggam, jadi petang tadi kak-M cuba bikin sendiri.Rasanya boleh tahan juga. Nak buat pun senang saja dan bahan yang digunakan juga tak banyak.


Meh layan dulu resepi cucur udang. Hah! Resepi la sangat kan..hihi

Cucur udang ni mestilah ada udang, dah namapun cucur udang kan? Kemudian tepung gandum, letak tepung beras sikit. Kalau nak isi yang lembut masukkan sebiji telur, kak-M letak kunyit serbuk sikit dan garam secukup rasa. Kak-M letakkan juga bawang merah dipotong kecil dan daun bawang dipotong kecil. Yang suka taugeh boleh sahaja tambahkan. Masukkan air dan gaul lah sampai agak-agak boleh jemput masuk dalam kuali. Gorengkan dalam minyak panas sehingga masak.

Untuk sosnya pula kak-M gunakan cili hidup di mesin bersama beberapa ulas bawang putih, gula dan garam, perahkan asam jawa dan masakkan seketika.

Mudah kan? Hehehe budak darjah enam pun boleh buat ya dengan izin dari ibunya dulu tau. Okeh...ini saja entry penutup malam ni. nite nite....

2 comments:

hananhadila said...

sedapnyeee ! hanan nak sikit ?

Emma Marinie said...

alahai Hanan, licin sudah..len kali cepat sikit..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...