Baru sekolah, belum lagi masuk University...isk, isk, isk

Salam siaran di petang hari. Hari ni masa kak-M memang habis dengan urusan seklah anak-anak jer. Kak-M percaya ibu-ibu bapa di luar sana pun macam tu juga. Dah tinggal beberapa hari jer lagi sekolah dah nak buka, ha! Baru nak kelam kabut pi mencari itu ini.

Sebenarnya Isnin lepas kami dah ke sekolah nak selesaikan yuran. Rupanya sekolah tutup cuti pulak.Aisehh, maka pagi tadi kak-M pergilah sekali lagi bawa Amierul dan Nuha. Mujur ler orang tak ramai. Bukannya apa, penantian tu kan satu penyiksaan,,hui memang terseksa jiwa kalau kena menunggu lama tau.

 Tadi sampai kak-M orang kedua, memang tenang jer suasana. Daddy dah bagi cek pun untuk buat bayaran tu, cuma duit buku kak-M bayar cash lah sebab tatau berapa jumpahnya. 

Bila melihatkan bil tadi..mak aiii, kemain tinggi yuran bebudak ni hmm memang lah sesuai sangat bagi bonus hujung-hujung tahun ni, tercekik beb nak selesaikan segala keperluan sekolah bebudak ni.

Yuran sekolah                 = Rm2000+
Buku Teks/latihan          = RM400+
Baju sekolah                  = RM100+

Ini baju Abang Amierul punya, Nuha dan Darwish, kak-M baru baca, mungkin Isnin depan ler pegi bayar

Yuran sem 1 Nuha          = RM500
Baju sekolah Nuha         = RM100+
Yuran Sem 1 Darwish    = RM300+ 

Ha! kan? Aduhai..belum lagi kau masuk sekolah anak oiii...belajar ler rajin-rajin yer nak.....

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick