Barang yang buruk jangan di buang

"Mummy, pisang ni dah busuk lah! Semuanya dah jadi hitam, Buang jer lah yek. Dah tak boleh makan"

"Eh! Jangan sayang, masih boleh dimakan tu?"

"Eiiiiiii! Tak selera ler Nuha nak makan, dah lebam-lebam hitam semuanya"

"Tak per, nanti mummy nak guna untuk buat kek pisang"

" Eh! Boleh ke?"

"Boleh lah"

dan..................

Akhirnya pisang lebam itu  menjadi cekodok pisang...heeee. Nuha tanya lagi kemana pegi kek pisang tu? Heee, banyak hal juga nak membuat kek, telur lah, butter lah kan? Jadi Mummy dah tukar jadi cekodok pisang. Ok juga kan?


Jadi barang yang buruk, busuk itu tak semestinya tak berguna. Sebelum buang pikir dulu kerana ia boleh dijadikan sesuatu yang lain. Menu sarapan kami pagi ini ialah cekodok pisang yang garing. Teringat kak-M pada arwah Nenda yang pergi meninggalkan kami pada Ramadhan lepas. Al-Fatihah buat Nenda. Semoga aman di sana.

Nenda kak-M memang pakar dalam segala masakan. Setiap kali pulang ke kampung pasti ada saja masakan untuk di jamu anak cucu. Paling best ialah Laksam. Walaupun bukan dari pantai timur asalnya, Nenda memang pakar menyediakan masakan Laksam. Tiada tandingannya.

Cekodok Nenda paling kak-M suka. Hanya menggunakan bahan-bahan biasa sahaja tapi keenakannya tiada terkata. Cekodoknya memang hitam warnanya, garing gitu dan rasanya Owhhh!...Sangat sedap. Memang licin ler kalau kami adik beradik datang.


Hari ni kak-M pula menyediakan cekodok buat anak-anak/ Tidak sehebat cekodok Nenda tapi sekurangnya kak-M berjaya mengeyangkan perut anak- anak..Itu cukup menyenangkan hati. Berebut depa makan cekodok tu. You all makan apa pagi ini?


Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick