Followers

Wednesday, December 19, 2012

Asam Rebus Ikan Selar ala Kak Shahriah...

Lagi menu sihat untuk hari ni. Asam Rebus ni kalau kena gaya memang bertambah makan. Kali ni kak-M masak guna ikan selar jer. Itu jer stok ikan yang ada, dan kak-M masukkan bendi sebagai tambahan. Ringkas kan? Ada ikan dan ada sayurannya.

Bagus masakannya sebab jenis rebusan, jadi kurang lemak kurang minyak dan kuranglah kalorinya. Sedap dimakan bersama nasi panas.

Kak-M ikut resepi dari blog Shahriah novelis aka finalis Masterchef tu. Biasanya kalau orang perempuan berpantang bersalin memang gini ler menunya. Heee, jangan salah faham yer bukan Kak-M yang berpantang, tapi anak kak-M. Ok, kalau nak semak resepi boleh lawat blog Novelis cun tu kat SINI ya.

 Nampaknya Asam Rebus ini sangat pucat. Sebabnya kurang kunyit. Pesanan penaja, untuk menu kekanak ni elakkan letak cili terlebih. Ini Asam Rebus sudah terlebih pedas daaaaaaa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...