Akibat percayakan bomoh! Kasihan dia

Terkejut kak-M baca berita pagi tadi. Tu lah kalau dah terlalu taksub dengan kebolehan bomoh. Kak-M memamng pernah melalui pengalaman pahit dengan bomoh ni. Bukan kak-M yang pergi jumpa bomoh tapi kak-M telah difitnah menggunakan bomoh untuk suatu tujuan yang tidak baik. Subhanallah, memang keji sangat perbuatan mereka yang memfitnah kak-M tu. Allah itu maha besar, dengan doa dan berkat kesabaran setelah hampir 2 tahun dipulaukan, mereka yang percaya akan fitnah itu kini kembali menegur kak-M dengan begitu mesra seolah-olah tiada apa yang berlaku. Alhamdulillah dan syukur di atas segala apa yang diberikan.

Hari ni kak-M baca berita seorang kanak-kanak yang tidak berdosa kemungkinan akan kehilangan tangannya kerana lewat berjumpa doktor. Mari baca petikan yang kak-M ambil dari akhbar kosmo.


KUALA TERENGGANU – Sudah jatuh ditimpa tangga. Itu nasib seorang budak lelaki berusia empat tahun apabila tangan kanannya yang patah setelah terjatuh tangga rumah pada Rabu lalu kini membengkak dan berwarna kehitaman.Ia gara-gara tindakan bapa mangsa, Nor Azhadi Nordin, 35, mendapatkan khidmat seorang bomoh patah untuk merawat anaknya, Nor Arif Luqman yang bertindak membalut luka tangannya yang patah itu dengan kain.

Bagaimanapun tindakan bomoh tersebut bukannya membantu memulihkan tangan budak itu sebaliknya menyebabkan ia membengkak dan berubah warna menjadi hitam.Bimbang dengan keadaan itu, Azhadi dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.Doktor yang merawat anaknya itu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini bagaimanapun tidak dapat memastikan sama ada tangan anaknya itu masih boleh diselamatkan atau tidak.

Azhadi memberitahu, anaknya terjatuh dari tangga ketika bermain di rumah di Kampung Telaga, Kuala Berang, Hulu Terengganu pada pukul 2.30 petang.“Apabila rasa sakit, anak saya beritahu tangan dia patah dan atas nasihat ahli keluarga, saya bawa dia jumpa bomoh di Kampung Dusun sejauh 15 kilometer dari rumah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick