Agar-agar lumut

Agar=agar lumut yang kak-M buat ini di kira dalam kategori bidan terjun la juga. Bukan untuk di begi orang tapi untuk majlis di rumah sendiri saja.

Masa majlis doa selamat tempoh hari, memang langsung tak der kuih pun yang ditempah sebab berharap bonda mertua dapat tempah dari Klang. Rupanya satu pun tak dapat. Alkamlumlah last minit punya order sapalah yang dapat buat kan. Jadi sendiri lah bikin kuih.

Agar-agar lumut segera ni kiranya main hantam sajalah labu. Hahahhaha. Sebab sudah terdesak maka kak-M godek-godek apa yang ada dalam peti ais tu. Akhirnya jumpa sepeket agar-agar. Itu pun separuh jer tinggal lebihan ntah bila punya. Ehhh paling senang agar-agar lumut jer lah kan? 

Maka terus kak-M masak agak-agar tu segera. Ini kes malam sebelum majlis jadi kak-M percaya memang sempat ler sebab agar-agar pun amnbil masa setengah jam jer nak sejuk kan? Cuma kalau masuk peti ais tu sejuk-sejuk baru sedap di makan.


Kalau dah dalam keadaan mendesak ni nak semak resepi pun dah tak sempat. Jadi main agak sesedap rasa sahaja. Waktu-waktu macam ni lah pengalaman memang sangat berguna. Untuk agar-agar lumut ni, kak-M menggunakan gula roda. Kat tempat kak-M ianya di panggil gula gerek. Kak-M masukkan juga gula pasir. Bila dah agar-agar mendidik kak-M tunag terus telur ke dalam agar-agar tu dan kacau laju-laju. Biarkan telur tu berselerak dalam agar-agar dan tutup api. Kak-M gunakan acuan untuk buat coklat tu..Heee, jadi lah ni, sweet and steady. 


Kalau dah siap dalam acuan macam ni tak perlu potong-potong lagi, sebiji untuk sorang ngap terus..heeee, Senang kan. ha dan tolong percaya ianya habis licin.

.
.
.
.
Alang-alang dah singgah blog kak-M, meh tengok apa offer hari ni. Klik SINI


Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick