Followers

Wednesday, December 19, 2012

Ada musang masuk rumah

Aiii, pepagi buta dah mula cerita musang ni apa hal dek non? Heee, ye lah ada musang masuk rumah apo nak buek ni? Heee. Musang King lah......Mueahhahhahahah!. Kemain suka Sarah Nuha bila Daddy bawa balik Durian Musang King. Suka dia makan. Masa tu kak-M masih di tingkat atas uruskan kain baju yang melambak nak susun masuk almari. Iskkkk dok bau dah ni, bau durian kemain kuat lagi. Ingatkan Daddy beli lagi sebiji dua. Rupanya Daddy beli di Carrefour yang dah siap kopek disusun dalam polisterine tu. 

Aloooo harganya RM25 hokeeyyy untuk sebekas..Mahal aiii! Daddy beli tiga bekas pulak tu. Satu bekas pun tak larat nak habis sebab memang tebal isinya. Tapi manisnya tak seberapa. Sedap lagi durian kampung yang kenit-kenit tu rasa kak-M lah.


Udah banyak doyan ni mulalah kepala dok pikir nih, apa nak buat ha? Heeee, serawa durian? serimuka durian, atau durian crepe...heeee, macam-macam tuh boleh bikin. Semuanya lemak berkrim, hancus lah diet mak dek non.

Tak per, mak buat jer kasi orang lain yang jamah, ok juga kan? Tengoklah jap lagi apa yang jadi. Tungguuuu!

1 comment:

Hanif Idrus said...

Dulu duduk kat Penang ..pernah makan durian tebalk isi dan manis..sana panggil durian ganja...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...