Wanita puas seks lebih jelita?

Opppsss!, Kasi gempaq sikit dik nun. Tajuk entry ini kak-M ambil dari Mingguan Wanita November. Beli Mingguan Wanita ni sebab boring dok menunggu masa untuk boarding di Airport Subang tempoh hari. Kak-M terenti seketika baca artikel ini. Hmmmmm, menarik kan?

 Credit to google image

Memang tak dinafikan seks selepas kawin adalah suatu aktiviti fizikal yang membawa banyak faedah. Bagi kaum perempuan, seks berhasil meninkatkan peredaran darah agar menajdi lebih lancar dan seragam. Secara langsung menjadikan kulit lebih cantik dan sihat. Selain itu ia meningkatkan pengeluaran hormon estrogen yang menyerlahkan penampilan seorang wanita, menjadikan rambut kelihatan lebat dan sihat. Bila ini berlaku secara langsung wanita akan kelihatan lebih jelita.

Menurut artikel ini lagi seorang wanita yang mempunyai kehidupan seksual yang teratur secara automatiknya memiliki daya keyakinan diri yang tinggi lantaran merasakan senaman tersebut serasi dengan tubuh.

Ingin wajah berseri? Susunkan jadual seks bersama pasangan anda....'Hanya untuk mereka yang sudah berkawin!'.....

More aspiration? Click HERE

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick