Followers

Tuesday, November 13, 2012

Sulam Goyang

First time kak-M dengar perkataan ni. 'Sulam Goyang'... punyalah jakun. Rupanya benda ni namanya 'Sulam Goyang'. Benda yang selalu dok jumpa ni kak-M panggil sulam tebuk-tebuk heeee.

 Minggu lepas kawan kak-M ke Acheh memenuhi jemputan walimatul urus. Jadi kak-M pesan kalau sempat shopping tolong belikan kain telekung solat. Last time pun dia dah belikan masa dia ke Bukit Tingi Indonesia. Kak-M cakap tak kisah ler macam mana corak jangan terlalu berwarna udah sebab kalau jemaah nanti tak kunyuk orang belakang heee. Dan kak-M suka dari kain cotton.



Pagi tadi dia bawakan kak-M telekung yang di pesan tu katanya mahal sikit lah sebab dia belikan jenis Sulam Goyang. Memang cantik buatannya..Ha? Sulam Goyang? ehh macam mana tu?....Hee rupanya macam gini rupanya. Dulu kak-M memang pernah ada satu, zaman kekanak remaja dulu lah.

Memang sangat-sangat cantik buatannya. Halus sangat sulamannya dan memang tak heran lah kalau dijual pada harga yang agak mahal. Memang susah nak dapat hasil yang macam ni. Ada dua pasang. Kak-M hadiahkan satu untuk adik ipar. Dan yang kak-M punya dah siap basuh..heee tak menyabar nak guna telekung baru. Semoga bertambah rajin menunaikan solat-solat sunat juga. InsyaAllah.

Dan masa untuk klik-klik pada slogan soalan ini, mari!

Can you handle all the cuteness in this new comic?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...