Salam Maal HIjrah, selangkah umur pun meningkah lagi

Salam Maal Hijrah dari Kak-M buat semua umat Islam di luar sana. Alhamdulillah, masih di beri ruang dan peluang untuk meraikan tahun baru hijrah. Semoga kita akan menjadi insan yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Semoga semuanya di permudahkan. Masuk tahun baru ni maka melangkah ler setahun lagi unur kita. Maka beringatlah kita akan amal ibadah yang masih kekurangan. Moga tahun ni juga kita dapat menyeimbangkan antara dunia dan akhirat. InsyaAllah. 

Apa rencana kalian hari ni. Kak-M tak kemana-mana. Melayan karenah anak-anak di rumah sahaja. Hmmm ada tetamu mungkin tapi sampai sekarang belum lagi telefon, ntah jadi datang atau tak.

Awal pagi lagi dah keluar membeli sarapan. Tak der masak sarapan hari ni sebab tak banyak stok bahan mentah dalam rmah jadi kak-M decide untuk membeli jer, lagipun kak-M memang ke pasar juga pagi ni jadi alang-alang tu beli lah sarapan sekali.


Anak-anak kak-M memang suka nasi lemak jadi beli lah nasi lemak untuk sarapan pagi ni. Ada satu gerai di hujung tasik tu memang sedap nasi lemaknya. Dah ada juga jual kuih-kuih Melayu. Jadi kak-M beli lah. Masih murah ler kirannya kuih yang  kakak ni jual sebiji 40sen. Kak-M beli sepuloh biji campur campur. Macam-macam ada, karipap, ketayap, keria,badak dan wadeh.

Sesekali pekena kuih MElayu ni dengan tea o panas memang best. Anak-anak kak-M tak berapa makan sangat kuih Melayu ni. Jadi memang untuk Kak-M dan suami jer. Semua kuih kuih yang dia jual ni memang sedap. Nampaknya sampai ke petang ler makan kuih tu.heeee.


Kalian dah tengok Panasonic Cooking Magic? Boleh klik SINI

Comments

Unknown said…
Salam Maal Hijrah dari Fahz.semoga penghijraan tahun baru dlm islam ini memberi perubahan pd diri kita juga.Insya'Allah.. :)
emma marini said…
yup...semoga kita semua menjadi lebih baik dari sebelumnya. INsyaAllah

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick