Followers

Tuesday, November 13, 2012

Restoran Belanga , Empire Subang

Cuti Deepavali tahun ni memang tak der rancangan pun nak keluar. Kak-M memang nak settlekan laundry yang menimbun-nimbun tu. Almaklum anak yang dua orang tu bari bali dari percutian di Melaka 3 hari ikut aunty dorang. Pastu hujan pula hari hari- Jadi kalau dapat jemur pagi sampai tengahari pun memang sempat lah kering kan. Sekurangkurang pun suku bakul dah siap. 

Amierul pula tak habis-habis dok claimed hadiah sebab exam akhir tahun tu dia dapat 8A kan. Aiseh.. nak ajak ke Toy;s r us lagi. Okey Daddy pun cakap jom. Hmmm, memang tak sempat aku nak menyidai kain, lewat pula tadi masuk mesin basuh tu. Jadi biarlah baju dalam mesin tu dibasuh, kitaorang jejalan ke Empire Subang sebab ada Toy;s r us situ.


Dalam kereta memang makan roti je memasing, haaaa, mak kau orang ni malas pula buat breafast raya depavali kali ni. Ingat nak ajak daddy singgah kedai mamak ka, pekena tosei ka capati ka, tapi Daddy pula kena cepat sebab nanti ada urusan kat pejabat. Jadi makan roti ler sesambil tu.

Dah sampai Empire Subang we all decide to have lunch di Restoran Belanga. Memang first time la merasa kat Restoran Belanga ni. Memang ada member dah cakap tentang restoran ni. Jadi no doubt, kita singgah jer merasa sini.



Macam biasa Danish order Nasi lemak ayam berempah,,perghh pedas la sangat sambal nya tu, mujur dia tak tuang semua. Kak-M pula order Char Koew Teow, aisehhh agak frust sebab yang datang hanyalah fried koew teow... tak kisah ler. Rasanya biasa-biasa jer, agak pedas jugalah pada kak-M atau mungkin kak-M jenis tak makan pedas....heeee. Daddy punya nasi ayam tak available pula hari ni jadi tukar kepada Nasi Chok,,heee bubur nasi sebenarnya. So Daddy makan sambil suap Ahmad sekali. Milo ais memang pekat betul dan Sirap Bandung pun best. Daddy order pulut kuning dan rendang ayam..alaham kecik betul portionnya, takper lah nak merasa pun kan..hahahhaha. Then kita makan 2 scoop of ice cream vanila. Heeee, semuanya RM72.00....ok lah kan..Kalau makan di Restoran Serai maybe lagi mahal, tapi rasa memang kak-M prefer Restoran Serai lah, tomyam dia memang terbaik..dan tea lemon serai dia pun perghhh terangkat beb. Apapun alhamdulillah perut sudah kenyang. Boleh jalan jadi barang kat Toy's r us lepas ni.


2 comments:

MarliaMarble said...

Nampak sedap pulak nasi lemak ayam berempah tu..>_<

Emma said...

Heee, si Danish cakap sedap,, tah ler akak tak merasa pun, sometime presentation memang tip top tapi rasa belum tentu sedap...heee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...