Followers

Wednesday, November 7, 2012

Kembara mencari Jubah kanak-kanak

Wah,, tajuk kemain lagi kan? Hahaha, Abang Danish akan membuat persembahan Nasyid pada Majlis Hari Anugerah Pencapaian Cemerlang sekolahnya. Jadi ustzah pesan suruh pakai Jubah putih bagi yang berada di sebelah kanan dan kemeja putih pada yang berada di sebelah kiri.

Mommy tanya "abang kir ke kanan? "
Abang jawab "Entah ler?"


 Macam ni lah PKNS. Yang menjadikan lambat sebab dok melangutkan jualan kain baju indah-indah

Jadi mommy beli ler dua-dua. Jam 11 pagi tadi selesai kerja di pejabat terus mommy ke PKNS sebab kat situ memang memacam mak nenek pun ada. Jadi Cari jubah dulu. BAgus ler jubah kekanak ni tak banyak pilihan, itu jer jenis yang kebanyakan kedai ada, jadi belilah satu main agak-agak jer saiznya. Harap2 tak ler labuh sangat jadi tak perlu ulang ke kedai untuk tukar saiz. Sehelai RM45. Hmmm boleh tahan jugakan.

Tujuan kedua mencari kemeja putih. Mommy pernah nampak di The store tapi bukan ala-ala raihan tu..Iskk mana  nak cari ni, pusing-pusing nampak lah satu ala-ala kemeja, cantik tapi ianya Kurta kanak-kanak..heeee, jadi ler jadi masuk kedai tu dan tanyakan saiz. Hmmmm memang sangat antik, satu set lagi sekali kopiah..

Memang sangat cantik kurta yang dijual di sini, Material pun bagus

"Berapa ringgit ni dik"
"Yang ini RM85, tapi saya less lah cuma RM80"

Zaaaassss, terkujat kejap..wow! Kemain mahai baju nih, ku ingatkan 30 hengget macam tu..erkkk ceana yek, beli ker tak beli ker? Kalau tak mana nak cari lagi yekkk...Iskkk...

Akhirnya, beli ler juga. Pastu teringat pula takut jarang ke apa kan sebab material warna putih, jadi pi cari pula tshirt dalam warna putih..heee RM6.90, jalan lalalalalala.

Settle urusan hari ini. Nanti balik cuba, kalau tak muat then esok satu kerja lagi kena pi tukar. Ehh..mana receipt aku letak,, nak claim nanti dengan daddy tu..keh keh keh...

psttt hari ni dapat less 50% kalau nak buat panggilan ke USA. Hampa tau ke? ha meh tekan sini...ni SINI

2 comments:

MarliaMarble said...

Mahal jugak nak beli jubah ye...walaupun jubah budak2..

Emma said...

tu ler dia....heee..macm rega pakaian org dewasa dah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...