Jantung Bengkak....

Alhamdulillah, my MIL is getting better. I heard that she will be discharged this evening. Syukur ya Allah!. Dua tiga hari ni kak-M memang keletihan termata. Banyak juga class terpaksa di batalkan kerana memberi tumpuan kepada MIL yang sakit.

MIL dapat rawatan di HTAR selepas Klinik Bukit Kuda mengesahkan yang jantungkan bengkak. Ya Allah waktu tu dah jadi tak keruan. Kak-M sepantas kilat drive to HTAR dengan Danish untuk jenguk MIL kat sana while hubby is preparing her GL at his office.

Bila sampai jer cari MIL di wad kecemasan. Yup, namanya memang ada di Zon Kuning terus jer ke situ. Aduhhhh, laluan tu di beri nama Zon Kuning! Semi Kritikal Kes....Massya Allah..mudahan MIL masih boleh bertahan. Terus jer masuk dalam tu.

Alhamdulillah gembira melihat MIL mengapai tangan memanggil kak-M. MAsih sedar dan boleh borak macam biasa. MIL menderita tekanan darah tinggi seusia 30-an lagi. Dah memang banyak kali keluar masuk hospital cuma kali ni lebih serius sebab jantung dah bengkak kerana tekanan darah yang terlalu tinggi.Bacaan ketika itu ialah 230/120..Memang sangat tinggi dan mujur masih tidak kena stroke. MIL masih dalam pemantauan doktor ketika tu. Kak-M dan Danish menunggu di luar sebab dalam tu memang penuh dengan pesakit yang pelbagai sakit. Seram juga kalau dok nunggu lelama. Jadi kak-M pesan kalau nak apa-apa just give me a ring, as I'm waiting outsite.

Dah tengahari Kak-M bawa Danish makan dulu di kantik hospital. Lega dapat minum air 500ml....huhu. Memang letih sesangat berkejar ke sana sini. Sambil makan kak-M sempat browse tentang sindrome jantung bengkak ini dan antara sebab utamanya ialah.

1. Kurang senaman dan aktiviti fizikal
2. Tekanan Darah terlalu tinggi atau penyakit Diabetes
3. Keadaan keganjilan jantung sejak lahir
4. Urat jantung yang lemah
5. Kerosakan injap jantung


Jam 3pm MIL cakap dia akan di pindahkan ke ward 7A. Alhamdulillah mungkin keadaannya dah lebih stabil.

Jadi kak-M terus ke ward 7A. Ya rabbi!..Memang kritikal ward ni. Lebih dari pasar keadaannya walaupun ward ini adalah kelas kedua. Tak per lah dah itu yang MIL mahukan. Dah cakap nak bawa dia ke Medical Centre dia tak nak.

Hari ni dah hari keempat dan MIL akan di benarkan pulang. Bacaan tekanan terkini tadi ialah 129/89. Hmmm dah semakin baik. Pesan doktor MIL kena makan ubat ikut masa dan juga kena jaga pemakanan. Kurangkan garam dan makanan berkolestrol tinggi.

Semoga semuanya baik baik sahaja....

Comments

THE AUTHOR said…
Semoga cepat pulih..
Anonymous said…
moga cepat sembuh..saya pun dok tunggu kena admit ni..write up tak siap lg..abaikan sakit2 yg sikit ini..(padan moka aku)

Beng lawa yg dah beruban
emma marini said…
Ya,Allah, apa jadi dengan hang Beng Lawa

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick