Charity, bantulah mereka yang memerlukan

Hari ni kak-M kan santai jer kat rumah dengan famili jadi sesambil tu akak mengemas kain baju yang menimbun dalam almari. Memang banyakkkkkkkkkkk!..Ha! Kan? Jadi akak sort mana-mana yang memang tak pakai lagi, baju akak, baju hubby dan baju anak-anak.

Banyak diantaranya masih cantik, terumatamanya baju Sarah Nuha. Akak pun memang tak beranak dah lagi kot memandangkan keadaan kesihatan yang tak menizinkan, jadi Baju Nuha ni nak turunkan pada siapa lagi kan, eloklah disedekahkan.


Baju Danish yang elok2, akak simpan untuk Darwish. Dan ada juga yang akak sedekahkan sebabnya bukan tak elok tapi terlampau banyak. Bukan setakat yang akak beli, yang nenek dia bagi lah, mak sedara bagi lah..hadiah harijadi lagi..hoi! Banyak sangat, ada tu pakai cuam dua tiga kali jer pastu dah tak muat. Memang sayang, tapi kalau simpan pun tak guna buat menyemak jer kan.

Jadi mana-mana yang elok untuk disedekahkan akak asingkan masuk dalam beg. Dah janjo nak bagi kawan kat pejabat tu untuk dia serahkan pada sesapa yang memerlukan. 

Biasanya masa bulan puasa jer kawan akak ni dok tanya kot ada yang sedekahkan apa-apa. Arhhh! lambat sangat lagi nak menunggu bulan puasa, jadi apa yang dah dikumpulkan akak bagikan ajer.

Tidak itu jer. Ada juga bekas-bekas makanan yang masih elok tapi akka pun tak guna serta beberapa biji botol susu baby yang masih elok..branded lagi tau, sedekahkan jer lah. Insya Allah semoga ianya dapat membantu mereka yang lebih memerlukan.

Comments

therosputih said…
singgah sini

jemput join giveaway saya

http://therosputih.blogspot.com/2012/10/special-giveaway-by-therosputih.html
emma marini said…
ok-ok, jap lagi saya singgah yer

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick