Followers

Saturday, October 6, 2012

Tips simpan ayam

Wah! dah masuk segmen tips dan petua la..haahhaha, macam ler bagus sangat. Apapun niat hati hanya untuk berkongsi ilmu. Ini amalan yang saya lakukan.

Anak-anak memang menggemari masakan ayam lebih dari yang lain. Maka tiap-tiap hari mesti ada menu ayam. Kari ayam, masak merah ayam, ayam goreng, masak lemak ayam, ayam sambal kicap, kurma ayam, segalanya ayam. Maka kak-M kena pastikan stok ayam mesti sentiasa ada jer di rumah.

 

Sebagai wanita bekerjaya macam kak-M nih, sibuknya mengalahkan wanita pertama Malaysia tau. kih kih kih, maka kak-M tak punya banyak masa untuk ke pasar setiap hari. Paling kerap pun seminggu sekali, jadi ayam yang dibeli ini mestilah di simpan secara sejuk beku.

Kalau beli seekor ayam tu, kak-M akan suruh mamat tu potongkan sesiap kecil-kecil. Akak memang tak der parang potong yang bagus macam kat kedai tu, pisau potong bawang adalah..huhu. Biasanya akak suruh dia potong 12 bahagian, tak ler kecik sangat dan tak lah besar sangat.

Bila balik ker ke rumah, ayam-ayam ini akan di basuh terus. basuh cuci bersih ya, tapi ingat jangan sesekali gunakan sabun..hahahah, ini petua tau, jangan kau guna sabun dik non. Pesan mak kak-M ayam ini boleh dibasuh bersama tepung gandum untuk menhilangkan bau hanyir nya. terpulangkan apa cara pun asalkna ianya bersih, buangkan segala lemak degil dan nakal tu, segala darah-darah beku dibekalang tulang temulangnya.

Ayam yang segar ni boleh disimpan dalam peti sejuk pada suhu 2-5 celcius selama 2 hari. Lepas tu mungkin dia akam mula membusuk..erkkkkk tidak enak lagi ya.. Ada orang cakap 3 hari masih boleh lah....


Kalau di dalam tempat sejuk beku boleh ler tahan lebih lama. Kak-M akan masukkan 4 ke 5 potongan kecik dalam ini ke dalam bekas-bekas kecil untuk disejuk bekukan. Ini lebih mudah sekali nak masak boleh keluarkan satu bekas kecil untuk menu seisi keluraga yang kecil. Mudah kan. Jika rancang nak masak esok, malam ni boleh pindahkan ke bahagian peti sejuk, esok pagi keluarkan untuknya mencair pada suhu bilik dan boleh terus masak.

Hah! Kan ke mudah gitu. Bagaimana pula cara kalian?

2 comments:

Hanif Idrus said...

Tak tahu......bini yg buat semua kerja ni. Kalau masak pun tak sempat nak simpan...aku dah perabihkan...kikikik

Emma said...

wakakakak..baguslah kalau makan sampai licin, senang nak kemas....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...