The concert

Kami gerak dari Shah Alam to Holiday Villa Subang at about 1pm. Sebab majlis akan bermula pada jam 2 petang. Nak cari parking lagi, nak booked meja lagi, jadi lebih awal lebih bagus kan.

Errkkk agak sedikit sesat masa ke sana, rupanya hotel tersebut dekat jer dengan Sime Darby Medical Center. Heee, Masa sampai tu dah ramai pun ibu bapa dan terus cari tempat dan terus amibil makanan.

Acara dimulakan pada jam 2 petag dengan bacaan doa dan disusuli dengan ucapan dari pengetua taska. Persembahan pertama adalah ucapan dari wakil pelajar. Kemudian di ikuti oleh sajak bertajuk 'Ow Dunia'
Teruja sangat menengokkan mereka membuat persembahan di atas pentas. Sangat berani dan yakin dengan diri sendiri.



Nuha naik ke pentas untuk persembahan ketiga iaitu Nasyid bertajuk 'Bismillah' dan 'Alhamdulillah'. Wah tersengih jer kakak Nuha bila nampak mommy kat depan pegang camera nak amik gambar dia. Comel-comel bebudak ni semua. Nanyi dengan penuh semangat.



Kali ni majlis di adakan di Ball Room, jadi makanannya tak berapa sangat lah pada kak-M. Kak-M rasa makan kat coffe house hotel dua tahun yang lalu lebih bagus cuma tempatnya agak sempit. Masa kat coffee house tu dia ada goreng-goreng lagi. Macam-macam pilihan makanan. Untuk hari ni menunya ialah Nasi goreng cili padi, bihun goreng, sandwich, ayam goreng berempah, sosej, pizza, varieties of cakes, caramel, cendul, puding roti dan aice cream.

 
 The hungry caterpillar

Caterpillar yang kenyang bertukar menjadi rerama..yeay!

Ada pula pertandingan syarahan. Wah! Memang hebat bebudak ni siap boleh bersyarah lagi, dan yang paling ditunggu ialah tarian menampi padi sebab Kakak Nuha ada dalam tarian tu.

" Assalammualaikum pengerusi majlis, tuan puan sekalian....."

Amboi! Kak Senoh, makan cendoi ka? Awat nampak bam bam boom jek...heee, I'm wearing Jelitasara tudung bought by SIL. Thank you SIL, love you, muahhhh.


'Marilah kita menampi padi, lenggok ke kanan lenggok ke kiri, tua dan muda turutlah menanyi, itulah amalan yang mulia'

Abang Danish sempoi jer, asik ulang amik ais cream je, ntah ler dah berapa mangkuk dia makan, segala mak nenek dia pi dok ulang makan, Kenyang main game pastu sambung makan. Ahmad Darwish berbahagia dapat jumpa kawan dan main belon.



Majlis ditamatkan dengan penyampaian sijil tamat sekola dan sijil komputer serta pengumuman pelajar cemerlang. Dah habis semua barulah si Nuha datang cari Mommy sebab dah kelaparan. Heeee.



Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick