Stress....

Baru-baru ni kak-M terperasan ada member tulispada wall FB nya yang dia Stress,cuma kerana anak yang akan menduduki peperiksaan. Stres adalah satu perasan yang akan datang bila jiwa dikecam sesuatu, adrenalin yang dikeluarkan menjadikan seseorang itu berdebar, gementar, resah dan tidak keruan. Perasaan ini sebenarnya menjurus kepada ketidakstabilan emosi. Ada juga sampai peringkat marah-marah, murung dan langsung tidak boleh ditegur. 

Paling membahayakan stress boleh menyebabkan tekanan darah meningkat ada ada kemungkinan boleh kena stroke.Bagi mereka yang bekerjaya stress biasanya di alami bilamana kerja yang menimbun tidak mampu disiapkan pada masa yang diperlukan menjadikan mereka sangat tertekan.


Sebagai orang Islam, jika berada dalam keadaan sebegini sebaiknya kita mengambil wuduk, kerna wujuk itu mampu menenangkan jiwa. Langsung lakukan solat sunat mohon keampunan agar Allah tenangkan jiwa dan hati kita, agar segalanya di permudahkan. Semoga kita berjaya mengawal stress kita.

Comments

Anonymous said…
Mungkin concern dia sebagai seorang ibu yang menyebabkan dia menyatakan kegusaraannya. Mustahil sebagai ibu kita tak pernah rasa gusar dengan anak-anak kita.

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick