Simpanan masa depan

Sekarang ni baru lah punya masa terluang untuk buat kira-kira ni. Dah lama sebenarnya tertangguh. Adanya waktu nak mengira ada juga hal yang menggangu.

Minggu ni kami ke rumah bonda di Klang. Hari Ahad pulang lebih awal sebab bonda hadiri majlis perkahwinan bersama sahabatnya. Hmm bagus sangat ni sebab boleh jer Kak-M selesaikan urusan sereka baju segala. Banyak tu, tapi tak per sebab sereka tu sebahagian dari hobby kak-M and I'm very much happy doing ironing.

Selesai segala sereka, akak baru ler duduk bersila depan TV kat tingkat atas. Ajak Nuha sekali, buat teman bersembang. Mereka yang lain semua santai kat bawah.


Duit raya depa ni dah kira tapi belum bahagi sama rata. Ingat dulu nak terus masuk bank, tapi mengingatkan minggu ke empat selepas raya nak buat majlis hari lahir Danish, mesti ada lagi yang akan menghulur kan, maka kak-M tangguhkan dulu hasrat nak ke bank.

Hari ni siap kira semuanya. Alhamdulillah ada bahagian masing-masing. Anak-anak kak-M ni memang banyak akaun simpanan, Akaun jer banyak duitnya ciput jer..kak-M ingat nak tutup jer dulu akaun Ting! Maybank diaorang ni, Tabung Haji biarkan dulu, SSPN pun tak masukkan selalu pun tak pa. Akak akan mula membanyakkan ASB diaorang..heeee, pelaburan masa depan. Jom menyimpan!

Comments

nursuriani said…
bagus. beringat awal2 huhuhuu
emma marini said…
Terima kasih.....sama sama kita beringat

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick