Seorang mati

Kejadian ini memang sangat mengejutkan. Kemalangan yang baru berlaku ini adalah sangat berhampiran dengan kediaman kak-M. Kot banglo mewah ini adalah antara yang terbaru dan siap dibina tetapi masih belum lagi diduduki. Ianya berhadapan dengan pintu masuk UiTM Seksyen 2. 

Tidak dapat dipastikan lagi sebab kejadian, tetapi runtuhan tang terjadi cukup menunjukkan ada kesilapan samada pada human factor atau tecnical factor. Difahamkan, forwork untuk slab yang jatuh tu baru sahaja dibuka selepas semalaman konkrit. Dengan kejadian hujan lebat sekarang ini ada kemungkinan ianya masih belum begitu matang dan jatuh. Ada juga kemungkinan berlaku disebabkan sambungan structur yang tidak kemas, kerana ia sepertinya terpatah tanda struktur slab bumbung tu tidak hancur sama sekali. Apapun alasannya kita tunggulah laporan pakar. Takziah kepada semua mangsa yang berkenaan, Semuanya warga Indonesia. Masa Kak-M ronda di tempat kejadian, Menteri Besar, Khalid Samad pun ada di situ. :)

SHAH ALAM - Seorang pekerja ubah suai rumah maut manakala empat cedera dan tiga lagi terperangkap selepas bumbung banglo di Seksyen 7 di sini, yang masih dalam proses pengubahsuaian, runtuh kira-kira jam 4.30 petang tadi.
Empat yang cedera termasuk seorang dikatakan terputus kaki telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan.

Kesemua mangsa merupakan pekerja dari Indonesia, berusia dalam lingkungan 30-an. Kejadian berlaku di Jalan JED, 7/5, Seksyen 7, berhadapan dengan Kolej Kediaman Jati, Universiti Teknologi Mara (UiTM). Mangsa dikeluarkan secara berperingkat sejak jam 4.50 petang tadi dengan bantuan bomba. Kerja-kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan.
Jurucakap polis berkata, kesemua mangsa yang terperangkap masih hidup kerana ada kedengaran suara meminta bantuan.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ketika kejadian beliau sedang membaca akhbar dan mendengar bunyi dentuman kuat dari arah depan rumahnya.
“Mula-mula saya lihat tidak serius, hanya debu sahaja kelihatan. Tetapi setelah melihat bumbung rumah tersebut runtuh.
“Saya terus hubungi bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk maklumkan kejadian,” katanya ketika ditemui  di lokasi kejadian.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick