Samsung Galaxy Tab II, the solution or the trouble?

Alooooo bloggers di luar sana. Apa habaq semua? Ha gitu ceria kak -M hari ni. Huhuu, aku pun tak tau apakah yang menyebabkan kak-M begitu segar bugar. Sedangkan semalam balik kerja almost 10 pm dan start kerja pagi ni pada jam 8.30am, huhu hectic!

But i made it and i feel fresh!....

ok lah....nak cerita sikit tentang gadjet yang sedang menjadi poojaan ramai ini. Selepas ada iPad2, beli pula Samsung Galaxy Tab II ni sebagai hadiah harijadi untuk Amierul Danish. Ada ceritanya dari blog ni. Reganya ialah RM1530 termasuk screen protector dan juga casing. Kak-M lah yang pi beli kat Masalam Mall tu dan daddy lah yang membayarnya...mueahahahh! Kak-M memang pilih casing yang lebih bagus lah sebab dah belajar dari kesilapan casing iPad dulu, kunun badget ler kan, sudahnya iPad yang riuk..huwaaaa!. Tak per,tak per...masih boleh digunakan seperti biasa.


Kenapa benda ni menjadi solution? Sebabnya banyak sofware yang aku dah donload sesiap agar dapat membantu dia menyiapkan kerja sekolah dia. Antaranya, mari belajar jawi dan dictionary. Jadi, idak ler sesekali lari cari mummy tanya itu ini. Dan seterusnya berbahgialah mummy dalam dapurnya..hahahaha. Memang bagus pun sebenarnya, Kalau buat subject sains, senang jer dia google cari details of the subject. Search dana dan search sini. 


TETAPI! Menatang ni akan mula bertukar menjadi suatu masalah bila budak ni mula dok main game sampai tak boleh berenti, sampai aku pangil gegak gempita pun dia tak dengar, sampai terlepas waktu solat dan sampai tertidur dan tak siap kerja sekolah.......(mode marah ni, arghhhhhh!)

Dengan itu kak-M telah menyusun syarat...ha gitu!. Gadjet ni boleh digunakan ketika dalam kereta dari sekolah kerumah atau dari rumah ke sekolah atau kemana- manalah. Dah kalau di rumah hanya boleh digunakan hanya selepas kerja sekolah siap.

Kalau tak der kerja sekolah cemana Mummy? ha satu lagi soklan. Kalau tak kerja sekolah buat latihan tambahan....mueahahahahha!. Kalau tak apa pun tarak, asik main game dan nonton thundercat ler kerjanya.

Sekian, terima kasih




Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick