Followers

Tuesday, October 9, 2012

Masak per tu?

Ini cerita semalam, tapi nak letak juga..heeee

Semalam memang terasa letih sangat, macam nak demam pun ada, sengal sengal jer badan ni. Di tambah pula dengan tonsil di tekak ni..erkkkk  sakit benau nak menelan.


Memikirkan anak-anak nak makan, penat dan letih pun ku gagahi jua. Buka tutup, buka tutup peti ais dah 4 kali..Hahahaha, tak juga datang idea  nak masa apa. Alih alih teringat kan ikan goreng semalam yang tak habis ada lagi 3 ketui..hihi, cantik, senang jer nih, Kak-M lantas buat keputusan untuk menyambal tumiskan ikan itu. yea.....Segera kak-M sediakan cilinya, memang cepat sangat kali ni kak-M masak sambal tumis. Merah menyala dek non, tapi jangan risau tak der pedas sangat.


Pastu akak gorengkan telur mata dua biji dan panaskan masak lomak udang belimbing tu, ada kot udang dalam tu sebanyak 3 ekor..heee, Siap! Anak-anak jom makan!.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...