Little Cottage

Salam siaran di pagi Isnin. Ada yang Monday blues ker? huhu Kak-M okay jer. Pagi ni ceria sihat seperti biasa.

Pengumuman! Bukan untuk dijual ya... he he he

Pagi ni kak-M nak kongsi sikit antara hobi dan koleksi kak-M. Little Cottage ni kak-M mula kumpul masa kak-M menetap 4 tahun di Manchester dulu. kak-M beli di carboot sale kebanyakkannya dan selebihnya dari Charity shop. Semuanya adalah second hand ya, jadi harganya memang murah semurah 10pence pun ada. Memang banyak juga Little Cottage yang kak-M kumpul ni. Ada sebahgiannya Kak-M dah jual dan bagi pada sedara sebab dah penuh segala cabinet dan ruang. Tak tau lagi nak letak mana. Kalau disusun kemas Little Cottage ni memang nampak sangat exclusive sebagai collectable item. kalau dijual sebagai barang antik boleh mencecah puluhan ringgit juga untuk sebiji.

Little Cottage ini seperti deretan rumah kedai, memang menarik sekali.

Setiap kali berjalan ke carboot sale memang inilah yang di cari cari selain dari posey flower atau bunga batu yang kak-M dok jual habis suatu ketika dulu. Sampai sekarang pun masih ada yang dok telefon tanya kalau-kalau masih ada lagi bunga batu utnuk dijual. Apa taknya sebab memang murah sangat sehingga sebiji bunga batu semurah RM2.50..owh memang berebut lah depa beli. Kak-M ada juga beri pada Abang Ipar dan Biras yang memang suka akan barangan hiasan rumah ini.

 Cantik kan?

Setiap satunya adalah berbesa. Tak mungkin sama. Ini menjadikannya lebih ekslusif. Jangan tak tau, kalau di United Kingdom sana, bukan kak-M sorang, ramai lagi Melayu lain yang dok berebut benda ni. Sapa cepat dia dapat. Heee begitulah kaedahnya. Satunya yang susah ialah bila tiba masa Little Cottage ini dipenuhi habuk dan nak mencucinya memanglah berjiwa. Tapi semenjak kak-M amik bibik weekend ni selesai lah satu masalah. Bibik akan lap satu persatu Little Cottage ni dan ianya akan kekal sepeti baru. Best kan?

Little Cottage Fridge Magnet

Ada juga Little Cottage jenis fridge magnet. Kak-M jumpa di Carrbot Sale Chelford. masa tu seller hanya tabur dan longgokkan kat bawah meja jualan. Kak-M godek-godek dan jumpa, dia jual hanya 10 pence sebiji. kak-M hangkut semuanya yang ada 10 biji. Ha kan? Murah tak? Ada sebahagiannya juga kak-M dah bagi pada bonda di Kedah, tepek pada peti ais dia. Memang cun.

Kat Malaysia ni kak-M belum jumpa lagi koleksi item seumpama ini. Kalau bunga batu atau posey flower tu memang ada jual walaupun buatan dan kualitinya  tidak sama. 

Korang ada koleksi menarik? Jom lah kongsikan.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick