Jam dinding


Which emoticon represents you today?


Lain orang lain caranya, entry kali ni, kak-M nak bawa korang jelajah rumah kak-M untuk intai koleksi jam dinding kat rumah kak-M. Macam rancangan decor-decor gitu.

Kak-M dan suami memang berkongsi minat yang sama dalam mengumpul jam dinding ini. Minat ni mula ketara semasa kami menetap di United Kingdom 6 tahun yang lalu. Ketika itu memang menggila dok kumpul jam dinding. Yang mana bentuk dan jenis yang sama kami dah bagi-bagi pada adik beradik dan sedara mara. Ada juga yang dah dilelong murah-murah.



Jam dinding ni agak istimewa. Mula berkenan masa kak-M berkunjung makan tengahari kat rumah sedara di Leeds waktu tu. Ada juga tanya kat mana dia beli, dia cakap kat carboot sales. Masa tu baru sebulan dua datang UK jadi tak pandai sangat dengan carboot sales ni. Tapi dah mula menyimpan hajat nak cari juga sampai dapat. Maka bermulalah jelajah kami dari satu carboot sale ke satu carboot sales yang lain. Akhirnya ketemu jua di Carboot Sales Oldham dengan hanya 5GBP. Kalau dah menetap di Manchester, memanglah semangat bola membara, jadi jam ni lambang semangat bola yang membara. heheheh. Jam ini sekarang berada di bilik tidur utama. Satu lagi jam dinding di gantung di bilik utama adalah dari buatan porcelain, bentuk pinggan juga dan lukisannya sangat menarik. Dibeli dari carboot pada harga cuma 1GBP! Memang sangat murah.


Ada sebiji lagi Jam Manchester United juga yang kak-M dapat dari Carboot Sales juga tapi tak ingat yang mana satu. Kak-M gantung di ruang legar tingkat atas. Jenis ni fragile sebab dibuat dari pinggan porcelain. Unik dan menarik juga buatannya, Cuma lambang Manchester United yang agak senget tu sedikit mengilirukan untuk tengok waktu. Ada orang dah minta offer agar kak-M jual kepadanya..Heee senget-senget pun ada orang berkenan tau.


Yang ini kak-M gantung di bilik tetamu atas. Dari koleksi Johnson Brothers design Fresh Fruit. Yang ini kak-M beli dari kedai Charity dengan harga cuma 10GBP. Buatan porcelain juga. Jenis ni didatangkan juga dengan set coffee dan dinner, tapi kak-M tak kumpul, cuma ada jam dindingnya sahaja.


Jam ni paling mahal dalam koleksi jam dinding yang ada. Tapi kak-M dapat dengan harga yang sangat murah. Ini adalah koleksi Royal Albert dari design Moon Light Flower. Kak-M bid dari Ebay dan menang dengan harga 15GBP. Kak-M letak dinding ini pada ruang tamu utama

Dalam ruamh tamu utama juga ada satu lagi jam dinding yang kak-M beli di Carboot Sales, Kalau tak salah di Chelford. Jam ini agak klasik, memang nampak antik gitu. Tapi murah jer , cuma  5GBP. Ada bandul yang goyang kiri kanan. Memang klasik sangat. Buatannya dari kayu.


Di ruang makan pula ada jam dari koleksi jam dinding dari Portmeirion. Portmerion pun adalah dari koleksi yang mahal. Kak-M bid dari Ebay dan menang dengan harga 10GBP. Kak-M ada dua jenis dengan bunga yang berbeza. Sayang sangat dengan jam ini. Memang sesuai kedudukannya di ruang makan.


Kat dapur pula kak-K gantung jam yang agak usang bentuknya. Mungkin nampak usang tetapi ianya tidak sebenarnya. Memang direka sedemikian rupa untuk menampakkan citarasa English. Yang ini memang sangat English di buat daru besi atau aluminium gitu.


Yang satu ini kak-M gantung di dinding area laundry.heee. Sepatutnya ada dekat dengan dapur kerana coraknya yang lebih kedapuran itu..heee, Apapun ia tetap menarik walau di mana ia berapa.

Di bilik bawah iaitu bilik adik ipar sebuah jam besar tergantung di atas dinding pintu bilik. Memang besar dan puas melihatnya. 

Hmm, amacam? Heee begitulah kiranya koleksi dan hobi jam dinding yang kak-M dan suami kumpul setakat ini. Ada lagi sebenarnya yang nak digantung. Mungkin dalam bilik air pula kot..Heee. Cuma yang letih bila sampai masa nak tukar bateri jam..heee letih woo nak naik turn tangga.

Itu sahaja perkongsian hari ini. Salam manis dari kak-M .


Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick