Ink sudah habis

Nasib baiklah menaip kat blog ni tak perlu isi ink bagai kan, kalau bloggers active tu jenuh ler korang beli refill ink..kih kih kih. Ini kisah printer kak-M yang semakin kehabisan dakwat. 

Semalam lagi aku call.

"Aisey ini barang kena booking lor, tak der stok ma, Lu mari sini kasi deposit sikit nanti Jumaat datang collect"


Ha macam tu lah kiranya tokey tu cakap, maka makcik ni bergegas ler ke sana untuk bayar deposit so barang boleh dapat Jumaat. Weihhh kalau korang nengok aku bergegas tu, kalah pelari pecut olympic tu..huhu, sebabnya aku mengejarkan masa juga nak jemput anak dari sekolah. Huh memang penat tahap gaban kata bebudak remaja.

Dan hari ni kak-M call lagi just to make sure barang dah ada. Dan alhamdulillah its ready to be picked up. Dan lunch time aku pun ke sana. Yeah! Sudah dapat ink ni harapannya bertambah ler produktif kerja i kan. Sebenarnya akak memang urgent nak printing sebab ada satu project dah tamat tarikh, due pun dan perlu dihantar segera.

Aku beli ink ni kat Plaza Alam Sentral, budak-budak sini panggil PAS. Ha kalau tanya 

"ko nak kemana?" depa akan jawab "PAS" heee maksudnya ke Plaza Alam Sentral ler tu.

Reganya ink ni satu cartridge ialah RM139, aku order untuk 3 warna maka kali 3 jadi RM417...huhu, pokai mokcik. Tak per- tak per sebab boleh claim kan..heeee jadi jangan risau tu sumer.


Selesai kes ink segala, perut pun elok jer bergendang gendut. Cari ler food court kat atas nun tingkat 5. Cettt ! Close for renovation. Turun terus sampai ground floor dan makanlah kat hujung cerok bangunan ni. Ok ler juga makanannya, Cuma kawasannya tak begitu cosy, bising lah. Tapi tak per, tak per, sebab nak makan kan, bukan nak sembang, so lantak ler bunyi bising tu. Well! Agak murah lah, kami makan dua orang cuma RM19.00 sahaja, Nasi putih ayam paprik, Nasi putih Tomyam Seafood, kailan ikan masin, dan telur dadar, barly suam dan lemon asam boi..Ha..Apalagi ko nak? Kan ke murah tu dengan menunya yang pelbagai. Kenyang pastu masuk office dan sambung kerja.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick