Bibik in the house, YES!

Bibik is here. Yeay!........

Nope. Not to stay with us. Just for the day. Kak-M dan hubby memang sepakat tak nak amik bibik untuk jaga anak-anak. Macam-macam kerisauan di kepala. Walapun sesekali ada terlintas betapa bahagia hidup senang lenang dengan adanya bibik, namun kerisauan itu melebihi segala-galanya.

Antara sebab-sebab tak nak amik bibik ialah:
1. bibik lari dan curi segala barang berharga dari rumah
2. bibik dera anak
3. bibik ajak kawan-kawan dia enjoy dalam rumah
4. bibik lari dan bawa lari anak sekali...owh tidakkk!

Maka dengan itu, kami hanyalah membawa bibik datang ke rumah sebulan 2 kali sahaja untuk kerja-kerja mengemas rumah.


Owh bibik ni memang kerjanya bagus sekali. Cuci calat rumah I tau. Huhu I like!. Ada dua orang lagi, seorang kemas tingkat atas dan seorang lagi di tingkat bawah. Hah Kau, kan ke bagus, hari ni mam besar goyang kaki, tunggu turn nak masak jer.

Petang nanti senang hati boleh balik bermalam di Klang meninggalkan rumah dalam keadaan suci gitu....

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick