Bercerai jua akhirnya, Jimmy dan Suhaila

Dua tahun kes ini berlarutan. Kak-M ni tak lah ikut sangat. Tapi memang menarik sebab media berlumba menyebarkan maklumat dari ke duabelah pihak. Tak tahu lah sapa yang betui. Beginilah lumrah alam, kalau adanya nikah maka lawannya talak. Adanya kawin lawannya cerai.

Semoga mereka bahagian dengan jalan hidup masing-masing



Selepas dua tahun berdepan kontroversi rumah tangga, pengacara, Jimmy Shanley Nor Jahan Salleh akhirnya sah bercerai dengan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy secara tebus talak RM1.
Serentak itu, bekas pengacara Trek Selebriti di saluran berbayar Astro itu, disahkan bercerai talak satu dengan Nursuhaila oleh Hakim Syarie Abd. Halim Abu Samah selepas masing-masing melafazkan tebus talak tersebut.
Nursuhaila menyerahkan wang tebus talak RM1 itu kepada Jimmy sebelum prosiding bermula di Mahkamah Rendah Syariah Petaling dekat sini semalam.
Sehubungan itu, Nursuhaila selaku plaintif bersetuju menggugurkan hak tuntutan nafkah edah, nafkah mutaah, nafkah tertunggak serta hutang piutang begitu juga dengan Jimmy yang tidak akan menuntut hutang sesama mereka.
Perceraian secara tebus talak merupakan suatu perceraian yang diminta oleh isteri dengan memberi wang atau lain-lain harta benda kepada suaminya.
Sekiranya suami tidak bersetuju menjatuhkan talak dengan kerelaannya sendiri tetapi bersetuju bercerai dengan cara penebusan atau dengan bayaran yang dipersetujui bersama, mahkamah hendaklah mengarahkan suami itu melafazkan cerai khulu.
Sejurus selesai prosiding, Jimmy, 32, yang bergegas keluar dari dewan mahkamah sempat memberitahu media yang dia terpaksa memungkiri janji ibu mertuanya yang juga pengasas produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim supaya tidak sesekali menceraikan Nursuhaila.
“Nak buat macam mana, minat masing-masing berbeza, hobi pun tak sama, biarlah saya cari pasangan saya di Jannah (syurga),” katanya sambil menguntum senyuman pahit. SUMBER

Comments

Anonymous said…
dah takdak jodoh...nak buat camana..gitulah kalau dah jadi celebroti ni..segala macam cerita sampai cerita seluaq dalam pun org riuhkan semalaya padahai prosiding mahkamah mohon bukti..kehsyiaann anak dia

NAZIAH LAWA lagi..hahah
emma marini said…
hahaha. rajin pulak kau membuat lawatan muhibbah ke blog ni yer..mekasih ler di atas sokongan diberikan. Hmm begitu lah kehidupan sebuah keluarga selebroti......
Anonymous said…
haha..meng"ambush" makanan org sambil menumpang leleh air lioq..hari ni masak pa pulak kak M?


laaa...asyik2 si NAZIAH LAWA ni lagi..
emma marini said…
mueahhahahaha, aku nak cuba masak asam pedas ikan parang, jap lagi nak singgah beli bendi..baru nak cuba, aku memang tak pandai lagi masak asam pedas nih.

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick