Followers

Friday, October 12, 2012

Asam Pedas Ikan Parang

Minggu ni tinggal kak-M dan anak-anak jer kak rumah. Wahhh tuan besar outstation lagi, kali ni ke AKEPT Nilai, Negeri Sembilan.

Awal pagi lagi kak-M bangun sereka baju big boss, sebab malam tadi dia balik lewat kita tak tau dia nak bawa baju apa, so pagi tadi baru dia pilih. Jam 7.30 dah gerak terus ke Nilai. Akak pula bersiap untuk ke Kedai Pak Aji nak cari bendi (omputih panggil lady's fingger). Hajat hati nak masak Asam Pedas Ikan Parang. Ikan Parang dah ada akak beli minggu lepas di Pasar Malam Seksyen 7. Kalau tak letak bendi macam tak uphh pula kan. LAgipun nak beli daun kesum dan bunga kantan juga. Ha baru ler lengkap menu ni. 

Psstttt! Kak-M memang tak reti masak Asam Pedas tau...huhu....

Kiranya sarapan pagi ni lebih-lebih kurang, makan roti sapu mentega atau coklat jer..hahahah, sebab Kak-M nak concentrate dengan Asam Pedas Ikan Parang. Untuk hari ni kak-M letak 3 keping ikan parang dan 6 biji bendi. Resepinya akak ikut dari Dapur Tanpa Sempadan. Heee Abang Mat Gebu tu kan selalu jer ada menu Asam Pedas, macam-macam versi. Versi Kak-M ni ada letak lada hitam sikit lah.


Setiap hidangan mestilah lengkap dengan sayuran juga. Sayur buncis, lobak merah an sotong mengjadi hidangan hari ni. Dan tak lupa ikan goreng dan ayam goreng buat Abang, Nuha dan Ahmad. Siap untuk di santap. Jom!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...