Telefon dan Cinta


Hah! kasi gimik sikit entry nih. Apa pula kaitannya telefon dan cinta. No No No, ini bukan talian putus cinta  okeh dan juga bukan talian mencari jodoh, hehehe. Harap kalian tidak salah sangka yer. 

Pernah bercinta? Heee, adik-adik yang masih di bangku sekolah tu simpan dulu yer cintan cintun tuh? Sekurangnya biar lepas SPM dulu. Kak-M ni pun mula bercinta ,masa tu masuk politeknik   ..Hahahha, memang tragis sangat kisah cinta kak-M ni. Siap ada putus sambung pastu cinta lagi pastu putus pula..dah akhirnya kawin juga.wakakakak. Kalau produser buat drama sahih Box Office ni.

Masa bercinta dulu nak jumpa pakwe takut mak bapa marah. Almaklumlah mak bapa kan cikgu cikgi jadi silap langkah mahu kena rotan gitu. Tawkottt ler sesangat. Jadi kita curi-curi cakap melalui telefon. Alah rindu-rinduan ler katakan. Tah ler apa sangat yang nak diceritakan sampai 5 jam pun boleh melekap jer telefon tu kat telinga. Ada ketikanya sampai habis bateri handphone tu..huhu, punya lah tangkap lentok kan. Tu sebabnya juga orang cakap cinta itu buta!. Memang buta pun tak nampak dah brapa jam dok bergayut..heheheh.  Itulah juga yang dinamakan penangan cinta dan tulah sebabnya orang tua-tua cakap mengaji dulu pastu baru leh cinta-cinta..keh keh keh sebabnya kalau bercinta ni dok berangan jer sepanjang masa.

 

Zaman kak-M dulu lebih kurang lah 12 tahun yang lalu..(muda lagi Aii nih ..kih kih kih), ada satu talian yang dapat buat panggilan percuma. Hah, nak dijadikan cerita talian yang satu ni memang menjadi rebutan, siap booking tu nak guna.wakakakak. Dahsat tak. Kalau tak salah akak masa tu 017, hah, line apa tu? Well , ok masa tu handphone pun ihsan ayahanda juga tau, maklumlah student kan tak mampu nak beli sendiri. Dah of course ler guna topup kan sebulan 30 hengget gitu.

Tapi, bila dah jumpa line free ni, memang melompat ala kera kena belacan tu, terutama bagi mereka yang bercinta ni. Line ini hanya boleh digunakan sama-sama dia jer. Kalau akak guna 017   akak hanya boleh buat panggilan free juga dari 017, hah gitu ler. Jadi masa tu pakwe guna 012, udah disconnedted ler kan , kena lah awak bayar bil, Jadi nak free punya pasal, dia pinjam ler line kawan dia, maka berboraklah kami sampai ke subuh, padahal esok tu jumpa jer kat kelas, iskk tak tau ler punya berat cinta ini.

Hah, sekarang ni ada lagi ker line free cenggitu? Iskk habaq mai lah kalau ada. Kalau tak bergayut lama pun kurang kurang selamat juga sikit duit poket akak ni.

Ada orang tu cakap ada? huhu...memang unlimited okeh 24hours free calls aand SMS gitu. Meh cuba SINI. Ahhh, lepas tu ko gayut ler berapa jam pun.





Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick