Followers

Saturday, September 29, 2012

Roti Jala

Salam siaran di pagi Ahad, what a nice sunny day today!. Sihat semua? Alhamdulillah. Pagi tadi sempat juga kak-M menjala.He he he, Memandangkan ada lebihan kuah durian yang tersimpan dalam peti ias tu, jadi tergerak pula hati nak menjala. apatah lagi gadjet baru tu dah sampai, kemain lagi membuak nak mencuba kan. Kak-M masih lagi menggunakan adunan yang sama seperti dalam entry Roti Kira tu cuma akak tambahkan satu camca besar susu pekat dan hasinya memang mantap!. Enak, lemak berkrim hihihi!.


Adunan ni memang sedang elok untuk seisi keluarga sebab tak terlalu banyak, Kalau dapat dihidangkan bersama kari daging atau kari ayam pun lagi bagus. Tapi dah ada kuah durian kan..habiskan ajer dulu kuah tu. Disebabkan rasanya kali ini lemak manis jadi anak-anak makan macam tu jer. Tak perlu yang cicah berkuah lagi. Hehehehe, habis licin ko....


Adunan ini juga sebenarnya adalah adunan yang sama untuk kuih cara. Suatu hari akak nak cuba mengacara pula. Hee dan kita lihat hasilnya bagaimana yer. Okey. selamat bersantai di hari minggu.


 Untuk resepinya, Kak-M letakkan juga sekali lagi seperti di sini yer.

Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 camb minyak masak
  • 1 camt garam
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur 
  • I sudu besar susu pekat manis
  • 3 cawan air/santan/ susu segar

Cara-cara

  1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.
  2. Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
  3. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
  4.  Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...