Restoran Temerloh

Jam 10 pagi tadi, Hubby call dari Klang tanyakan akak dok wat per/ Jawabnya akak sedang panaskan lauk untuk makan tengahari, Semalam kan dah banyak juga masak, jadi panaskan jer. Hubby cakap nak bawa mama makan luar jadi kitaorang kena segera siap dan tunggu dia datang amik. 


Hubby pagi lagi bawa mama ke kubur nenek. Lawa tak ke sana katanya. Langsung hubby ajak mama lunch sama. Jadi hari ni kitaorang mencuba di Restoran Temerloh. Tapi bukan di Pahang tau, di Seksyen 15 Shah Alam sahaja.

Masa sampai restoran tu baru jam 12 tengahari, jadi belum ramai lagi pelanggan. Senang ler sesangat nak memilih lauk. Restoran ni dulu pernah sekali masuk dalam siri Jalan-Jalan Cari Makan di TV3, setiap hari Ahad tu.


Memang banyak sangat pilihan makan kat restoran ni. Dah paling special ialah GUlai Lemak Ikan Patin. Lemak tompayak pun ado. Ha ko pilih la yo.

Memang bau tempoyak je kat sini. Heee, mujur juga ada Ayam Masak Merah untuk anakanda Amierul Danish. Kalau tak sahih muncung 2 depa. kih kih kih!. Ikan keli goreng pun ada untuk Sarah Nuha dan Ahmad makan nasi serta lemak kubis. Semuanya belemak-lemak gitu. Hubby mencuba gulai lemak daging salai dan bonda mertua makan sayuran yang banyak serta sambal tumis udang. Wah! Meriah gitu makanannya. Paling ralat akak terlupa nak beli sambal hitam..Hehe memang piow Pahang lah kedai ni.


Sesekali mencuba masakan negeri lain memang best. Erkkkk restoran Jitra belim jumpa lagi sini.....dan ulat BUKU, sila datang SINI.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick