Followers

Tuesday, September 25, 2012

Prosedur sedut kahak..trauma weiii

Nampaknya mamat ni kena juga melalui prosedur phisio dan sedut kahak ni. Alahai ini lah prosedur yang paling aku tak suka. Memang trauma budak-budak.


Pagi seawal jam lapan depa dah datang served breakfast, pagi ni yee mee goreng. Pheww Boleh tahan lah kan. Asik jer makan bubur boring gak mamat ni. Aku pun buleh tumpang sekaki. Memang masakan kat hosptal ni takder yang pedas pun.


Doktor datang  lebih kurang jam 10 pagi.Menurut doktor kahaknya dah mencair. Jadi elok disedut buang kahak tu supaya cepat baik. Aku pun ikut lah mana yang terbaik kan.

Sebelum mula prosedur ni mamat ni kena puasa sekurangnya sejam. Pastu budak phisio pun datang bawa ke tempat treatment. Dia akan dibalut kemas-kemas untuk di tepuk-tepuk di dada dan belakang dengan tujuan melekangkan kahak yang melatak pada saluran pernafasan.

Masa ni pun kemain marah lagi dia sebab kena bungkus kemas tu. Aku memang dah cakap kat bebudak phisio tu, kena kemas-kemas balut, mamat ni memang kuat..heee.

Pastu depa suruh aku keluar.aisehh aku pun memang nak kelaur tak sanggup nengok dia disedut..Pastu dari luar dah ku dengar dia meraung, mummy! mummy!..terbatuk-batuk, termuntah bagai..huishhh pastu kan depa suh mak tunggu luar kan.



Dalam lebih kurang 5 minit dah siap. Alahai anakanda sayang, bergenang air mata dia. Terus aku bawa dia masuk biik bagi susu. Kebetulan mertua datang dan bawa mainan..ha!Lega satu hal..dia meleka main kejap dan tak nak minum dan makan dek seronok main benda maina baru tu..Dah ku pujuk-pujuk kayan-layan makan juga suku pinggan nasi, ok lah kan sebab pagi tu pun dia dah makan 2 keping biskut. Pastu minum susu sebotol habis.

Jam 12.00 tengahari aku tepuk-tepuk suh tidor. Huhu, dah selamat lena sejahteranya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...