Projek kanak-kanak

Hujung minggu ni memang tak kemana, kami laki bini memang tergolek dok, dek penangan open house semalam. Hahhahah! Memang kelassss beb, sampai malam tetamu datang dan alhamdulillah makanan semua habis tak banyak membazir.

Jadi hujung minggu begini layan anak-anak dirumah di samping mengemas mana-mana yang patut. Banyak juga Danish dapat hadiah sempena ulang tahun yang kesembilan. Jadi hari ni depa mulakan mulakan projek tu. Heee projek apa tu? Hmmm mummy ada belikan satu benda tau sebab tau dah memang depa ni suka sangat dengan projek gini. Murah sangat lah benda ni hanya RM 39 sahaja. heee.

Projek pasang-pasang blok ni memang memerluan penelitian, perlu sabar dan kreatif juga. Pernah sekali Daddy belikan bentuk DInosour sebab Danish ni memang peminat DInosour. Kawan-kawan kak-M di office menggelarkan mamat DIno..hahahha. Untuk kali ni kak-M belikan dia bentuk jet pejuang. Hah! Kemain semangat lagi dia pasang memansang.

 Hah! Daddy pun ada turut sama membantu.Heee, Abang Danish memang dah pakar sangat kalau dapat projek gini

 Hah, kalau pasang memang kena betul-betul kalau letak gam hm jenuh ler ko nak tanggalkan balik. Sekali kan, Ahmad darwish datang menyerang.....

Nak menyelamatkan keadaan, Kakak Nuha tolong layan adik kat belakang bersama gitar mainan sambil nyanyi-nyanyi..Heee Ahmad pun ikut nyanyi sama

Hahah, beringat sungguh lah dok nyanyi tu

 Hah nilah bendanya yang pasang-pasang tu, akhirnya ia akan membentuk sebuah jet pejuang

Kakak Nuha pun ada juga. Untuk perempuan ni bentuknya ialah tempat letak accessory perempuan lah, macam gantung gelang, cicin dan rantai. Kakak Nuha ni perlukan bantuan mummy sebab umurnya Nuha memang perlukan bantuan orang dewasa. Susah juga benda nih kena ikut can baca aturannya.

 Kakak memang peminat fanatik wana PINK!

 Huhu apa yang ditenungnya tu?

Hmmm beginilah kiranya bentuk pasang-pasang kakak Nuha, kena tunggu kering baru senang nak dirikannya.

Banyak lagi bentuk-bentuk lain yang menarik. Mungkin hari lain boleh belikan bentuk lain pula. Bagus sebenarnya aktiviti ni kerana secara langsung ia membantu anak-anak berfikit cara nak selesaikan masalah. Kak-M beli ni masa jalan-jalan kat The Curve tempoh hari.

Comments

idea yg bagus utk anak2 jd lebih kreatif.
emma marini said…
hahahah, tu lah kemain leka dorang dok pasang benda tu

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick