Our Aidil Fitri Open House

Kali ni memang betul meraih punya open house. Memanh ramai dari biasa kak-M jemput. Satu Jabatan kak-M panggil. Kalau tahun-tahun sebelum ni, kak-M cuma jemput kenalan terdekat. Alhamdulillah tahun ini rezeki lebih jadi kak-M buat lebih besar.

Kebetulan anak sulung kak-M punya birtday jatuh pada Sabtu 15 sept, jadi kami sekalikanlah. Cuma kak-M agak terkilan sebab kanopi semua dah full booked jadi nak tak nak kami buka jer lah khemah ala kadar ini dan kerusi meja kami sewa dari restoran Belanga seksyen 7. 

Satay ni Abang Ipar dan Biras yang tolong order dari Meru. Memang marvelous gitu dan buat pertama kalinya Satay ni memang habis semuanya. yelllek!

 Wah, tuan rumah siap berbaju raya lagi sibuk dok check mana-mana bekas yang kosong. Hee, mujur dapat juga panggil dua orang bibik untuk tolong-tolong, kalau tak mahu semput akak.

 Silalah makan jangan malu dan segan.

Untuk menu pula, tahun ini kami hidangkan dengan Nasi Afghanistan. Wah! macam gempaq saja kan? Ala-ala nasi arab lah juga di makan bersama ayam panggang dan salata, kal-M minta chef tu masakkan kari kambing juga. Huh! Memang meletop. Buat pertama kalinya nasi habis licin. Lega tak yah nak bungkus-bungkus bagi orang hehehehhe

Menu sampingan ialah Laksam. Laksam ni Cik Zah, kawan kepada mertua Bonda yang tolong masakan. Ada pulut kuning dan kari ayam juga serta roti jala bersama kuah durian. Hah! Meriah kan, menu jer dah meletops. DItambah lagi dengan otak-otak, kuih talam yang pelbagai jenis, satay dan nasi impit serta tidak ketinggalan the Red Velvet Cake. huhu, memang semua licin.

 Hah! Ko nampak khemah aku yang tak seberapa itu. Perhatian, ianya hanyalah kebetulan tiada apa- apa berkaitan dengan mana-mana parti politik tau.

 Waktu ni sebenarnya memang dah ramai sangat tetamu. Huh kalau dikiranya tah berapa kilometer aku berjalan kedepan ke belakang.

 Paling seronok bila teman-teman rapat datang berkunjung.

Kalau di ikutkan ramai juga yang tak datang. Memang dah duga dari awal sebab tarikh tu memang ramai yang buat open house, maklum lah penghujung syawal kan dan kenduri kawin juga.

Sekali lagi kak-M nak ucapkan terima kasih kepada yang datang dan tak der rezeki nak datang mungkin tahun depan rezeki korang.

babai!

Comments

FaiZaH Fyn said…
meriah! baca bab makan tu pun dah terliur :)

*singgahdarisegmenHanifIdrus*
emma marini said…
Heeee, setahun sekali kan, biar meriah meraikan tetamu

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick