Followers

Tuesday, September 25, 2012

Meriah gitu!

Hari ni ada banyak juga improvement. Masa doktor check tadi dah banyak hilang kahak walapun laporan dari fisio sikit jer kahak yang hilang. Doktor suggest continue sekali lagi fisio esok pagi. Alahai...sian anak aku.

Yang paling dia gumbira bila balutan kat tangan tu dibuka. Amboi..melompat macam kera kena belacan. Jam 4 petang tadi mommy teman dia main kat koridor. Ramai jugalah ibu-ibu lain teman anak mereka. Wah meriah gitu suasana petang di DEMC ni. Kemain melasak mamat ni sorang. kehulu hilir berlari.

Abang Danish ada kelas taekwondo hingga 6 petang, sebab tu daddy lewat sampai hospital. Dah sampai hospital kelaparan saja Abang ni, maka tak sempat mandi dia makan dulu dengan penuh berselera. Daddy memang dah terduduk jer..Hehheee penat sangat tu kena jadi Mr. MAMA untuk 3 hari ni.


Mommy memang letih sangat meneman dia bermain ni. Dok menunggu jer daddy datang cecepat tukar shift ler kunun..kih kih kih. Bila angkatan tentera daddy tiba, bertambah meriah gitu. Pakat mai dinner kat sini.Wah! Seronok Ahmad bila nampak abang dan kakak.


Daddy bawa empat bungkus nasi goreng untuk makan bersama. Hari ni untuk dinner mommy orderkan Ayam Kurma. Darwish makan juga walaupun tak banyak sangat. Selebihnya dia kenyang dengan susu.

Sedikit meragam juga dia petang ni sebab dah ngantuk tu, petang tadi dia tidor kejap jer dok main dengan nanni dan ayah sepul yang datang menziarah.

Dan yang paling gumbira doktor cakap esok boleh discharge...Yeay!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...