Menu Lepak Santai Hari Isnin

Cuti lagi kita yer. Hmmm tak der ke mana-mana jadi lepak santai jer kat rumah. Anak buah masih leka bermalam di sini. Jadi bertambah ramai isi rumah kami.heee. 

Pagi-pagi lagi kak-M dah amik order, wah banyak order nih. Sorang nak makan nasi lemak, sorang nak tosei sorang nak roti kosong sorang lagi nak roti bom. Hah! Kau, banyak kan? Tapi semua belum mandi dan tak nak mandi pun..hahahha. Jadi kak-M ler kena ke kedai belikan sarapan buat semua. Memang tak der plan pun nak buat sarapan di rumah. Terasa hati nak sarapan jer kat luar. Huh! Nampaknya beli makanan di luar dan sarapannya di rumah.

Kak-M ke Khulafa jer sebab semua order tu boleh dapat di situ, One Stop Centre le kunun. Kak-M singgah kedai Pak Haji beli ikan , ayam dan sayur. Sebab ramai isi rumah hari ni jadi kak-M rancang nak masak bagai-bagai lah kan. Hehehhe, bagai ler sangat.


Ayam Kicap ni memang permintaan Danish. Dok merungut jer,

 ' Mummy adik asik kari, dah tiga hari makan kari',

 Amboi ko Abang, komplen nampak.

'Masak ler Ayam Kicap pula'....

Heee ok sayang menu hari ini ialah Ayam Kicap okeh. Senang sangat menu ni, dah budak-budak pun suka. Biasanya kak-M letak serai, halia dan sedikit cili dalam rencahnya. Kalau masak macam ni memang depa dok ulang makan nasi lah.


Ikan goreng ni pula permintaan Nuha. Hah tulah, kalau Ahmad Darwish dah pandai minta tah apa pula dia nak makan kan? Ikan goreng ni memang kegemaran Nuha. Kalau ada ikan goreng bertambah ler nasinya. Nuha ni susah sikit nak makan nasi, jadi ikan goreng memang jadi pembuka seleranya. Tadi kak-M nampak ada ikan cencaru sedang besar dan segar-segar. Jadi belilah 2 ekor siap suruh dia siangkan dan potong 2. Balik tu kak-M basuhkan dengan air asam untuk hilangkan hanyirnya dan gaul sama kunyit dan garam terus goreng. 


Bagi memeriahkan lagi menu hari santai ni, Kak-M juga sediakan Sotong goreng kunyit, letakkan kacang panjang dan lobak merah. Minyak sikit jer supaya ianya kering dan tidak berkuah. Suami memang suka sotong goreng kunyit ni. Masaknya pun mudah saja. Dan ianya tak pedas juga jadi anak-anak pun boleh makan. 


Lama juga kiranya Kak-M tak menyambal belacan nih. Hehehhe, hari ni ada sambal belacan ulam timun. Walauweii! Memang penambat selera ni. Boleh juga makan dengan ikan cencaru goreng tu.

Begitu lah kiranya menu lepak santai hari Isnin. Korang masak apa hari ni? Makan luar? Owh bleh saja. Masing-masing punya citarasa berbeza.


Comments

nursuriani said…
aduhhhhh sedapnyaaaaaaaaaaaaaa
emma marini said…
sesekali meriah kan..hehhe
THE AUTHOR said…
Curi ini memask ...bagus2..hehhehe
dan membeli...kekeke
emma marini said…
hahahahah, setuju lah Hanif

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick