Masak Lemak Udang Nenas dan Belimbing Buluh

Tu dia, Masak Lemak Udang Nenas dan Belimbing Buluh  Begitulah kiranya tajuk entry ini. Heheheh. Sebenarnya kak-M amik masa juga memberanikan diri dengan menu ni. Sebab memanjang akak failed jer kalau masak lemak ni. Ada je benda yang tak kena. Di sebabkan nak guna juga belimbing buluh tu sebelum dia rosak jadi akak paksa rela masak lah juga.

Jadi sebelum kita masuk bahagian masak lemak udang ni kita kenal-kenal dulu dengan belimbing buluh ni.
Pokok belimbing buluh atau nama saintifiknya Averrhoa belimbi linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae dan mempunyai nilai yang tinggi dari segi perubatan.  ada juga petua mengatakan ianya sangat mujarab menghilangkan kahak.
Secara amnya, daun pokok belimbing buluh ini mempunyai dua jalur anak daun yang kecil dan tersusun rapi di kedua-dua belah urat. Anak-anak daun ini mudah gugur daripada tangkainya. Bunga belimbing ini berwarna merah dan pada kebiasaannya terdapat di bahagian batang pokok dan juga pada dahan-dahan yang matang.
Di kawasan Pantai Timur, buahnya dicampur ke dalam kuah nasi dagang untuk menyedapkan rasa. Buah belimbing buluh ini juga digunakan dalam perubatan tradisional untuk melembutkan kulit muka dan menghilangkan jerawat. Caranya ialah dengan memarut buah belimbing muda, sedikit air dicampurkan dan disapukan pada muka. Buahnya yang amat masam digunakan dalam masakan sebagai alternatif dalam menggantikan cuka. Selain daripada itu, ia juga digunakan untuk menghilangkan kotoran pada pakaian.

Air belimbing buluh muda digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi, kencing manis dan untuk menggelakkan pitam. Bunganya digunakan oleh sesetengah masyarakat untuk melegakan sakit gigi. Untuk menyembuhkan batuk, daun, bunga dan buah belimbing buluh direbus dalam jumlah yang sama banyak sehingga mendidih dan diminum setiap pagi.
Walau bagaimanapun, kajian saintifik menunjukkan bahawa buah belimbing buluh mengandungi kandungan oksalat yang tinggi. Kandungan oksalat yang terlalu tinggi di dalam badan boleh menyebabkan penyakit karang pada saluran kencing (sumber Pertanian, Kedah).  

Berbalik kepada cerita masak lemak udang nenas dan belimbing buluh ni, kak-M cumanak cerita yang sebenarnya kak-M memang selalu failed dengan masak lemak nih, tak menjadi je..hahahha, lagi pun family tak favorite sangat dengan menu ni jadi malas je nak cuba masak ni.

Al kisah minggu lepas kak-M ke pasar malam dan beli udang besar bagak ni kan pastu ada pula orang jual belimbing buluh kan. Maka terpikir di kepala nak cuba masak menu ni.

Dok tanya sana sini, baca sana sini akhrnya terjadilah menu Masak Lemak Udang Nenas dan Belimbing Buluh versi kak-M heheheh.
Jom semak recepinya.

Masak Lemak Udang Nenas dam Belimbing Buluh

Bahan-Bahan
10 ekor Udang Besar
5 potong gelangan nenas (kak-M guna nenas tin jer)
Secawan santan pekat
Secawan santan cair
2 batang serai dititik
1 cm kunyit hidup
5 biji cili padi

Cara-Cara
Cili padi dan kunyit diblend halus. Masakan bersama nenas, belimbing buluh, serai titik dan masukkan udang, biar semuanya bergaul rata. Masukkan santan cair dan masak seketika dan akhirnya masukkan santan pekat dan kacau sentiasa, rasakan garamnya, bila agak mendidik sedikit tutupkan apinya. Jangan pula sampai santan pecah minyak nanti tak jadi jadinya. Heee, macam ler pakar sangat.Heee ni pun baru first time buat menjadi. 

Memang banyak versi juga masa lomak neh. Ada yang letak bawang bagai kan. Yang versi kak-M ni tak der bawang, nampak mudah gitu, Memang timing kena bagus lah , jangan terlalu lama. Seronok jer bila masak menjadi kan..heee. Nest time sure laju punya masak ni sebab dah lulus peringkat pertama..heee. 


 



Comments

Anonymous said…
Terbaik!
emma marini said…
he, sesekali tukar selera

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick