Kahak lagi....

Erkkklk bunyinya memang menjijikkan. Tapi untuk budak 2 tahun memang sesuatu yang sangat sengsara. Ahmad sekali lagi kena warded setelah setahun lebih tak visit this beautiful DEMC.heheheh. Kali ni dia terus kena serangan radang paru-paru. Menurut laporan pakar dia kena bronkial pneumonia. Ada kuman dalam paru-paru. Masa Medical officer check sebelum jumpa pakar, katanya bukan sekadar bunyi kahak dalam paru-parunya tetapi juga bunyi seperti jangkitan. Jadi 'admited'.


Tujuan asal selepas nabuliser terakhir petang tu, nak terus ke Klang ada majlis orang ke Mekah. Nampaknya terpaksa di batalkan bila Ahmad kena masuk wad.


Memang fizikalnya nampak sihat sangat. Lasak, berlari sana sini sajak seorang atlit. Tapi dalamannya tidak sihat. sekali dia terbatuk-batuk memang teruk sangat bunyinya. 

Selesai jer urusan di bahagian kemasukkan, dapat ler bilik 413, sebelum gerak ke wad kena letak jarum dulu kat tangan dia untuk drip air dan antibiotik. Ha! Yang ni ler akak tak tahan nak nengok, masa tu Ahmad tido..alahan kesian dia, terbangun kejap sebab sakit pastu dia sambung tidor.

Mujur aunty Rina ada di rumah jadi, pesan jer kat dia suh bawakan segala perkakasan, susu, kain baju, dan lain lain. Lebih kurang jam 6 petang macam tu, dinner pun sampai. Akak tak sempat dah nak pilih menu jadi DEMC served bubur ayam..aiseh..yang lain pula lebih dari orang sakit. Abang Danish ni lapar jer memanjang..husihhh..adik makan sikit jer, kakak dan abang yang lebih...hihi, macam tu lah budak-budak ni. Kalau masuk hospital depa paling suka tunggu makanan sampai.


Kemain susah juga nak update blog ni, asik melepek jer dengan mommy, tak buleh kita bangun pun mensti dia pun nak ikut. SIb baik masa nak ke toilet tu dia paham jer...ok later kita update yer                                                                                 


Comments

Anonymous said…
alohh kesiannya hero kecik tu. hero saya dah kena dah minggu lps. dekat seminggu mak dia tak buat apa dok meriba dia. itulah kan..kadang2 saja bagi depa ni lasak, main dgn kucing2 aka bulus, biaq imune sikit.

Yg benar;
BENG yg comey yg dah lopa password gmail..hehe
emma marini said…
dok hospital ni mak dia pula yg nak sakit..jenuh dok layan mamat ni lasak gila, dok lompat2 ataih katil..lari sana sini..haduhhhh
Kazman / Sue said…
moga cepat sembuh yee.... macam anak kami yg kena asma pun macam ni jugak gayanya...
emma marini said…
InsyaAllah, nampak sayanya mkin sihat dah

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick