Home Sweet Home

Setelah berkampug lebih tiga malam kiranya, hari ni kami berkemas untuk pulang ke rumah. Haduh...betapa rinsunya dengan suasana di rumah. ENtah ler apa keadaannya berlaku di rumah di kala mem rumah berada di luar kawasan..hehehhehe.


Pagi ni budak fisio tu memang datang awal betul. Even Ahmad still seleping, he just ask permission to take him for phisio. Mummy cakap ok lah....sebab nanti kalau dah bangun dia nak susu, pastu kena tunggu pula sejam lagi kan, bertambah lewat pula. Selesai fisio alahai begenang air matanya, sakit mommy.....hmmm tu lah anak oii nak baik kan kenalah tahan tu semua. Sedang elok selesai fisio sarapan pun sampai. Jadi mommy menimati NAsi Goreng Kampung dengan Ahmad pagi ni. Memang masakan orang sakit betui, hee, rezeki kan jangan banyak komlen, telan saja. Banyak suap juga ahmad makan. Lepas tu dia minta ipad nak tengok upin ipin sambil santai atas katil. Pastu sambil sembang-sembang dengan Ahmad mommy cakap dia nak bagi ubat. Ahmad tanya, ubat ke? Owh ubat...eee kelakar jer sendanya. Mudah juga selamat dok DEMC ni nak bagi dia makan ubat.

 
Selesai makan ubat dia sambung layan citer upin ipin tu lagi. Setengah jam lepas tu Doktor pun sampai. Alhamdulillah dah tak der kahak lagi kata doktor. Doktor cakap ok boleh kemas kita bagi discharge today..Yeay. Lega sangat rasanya. Bukan apa, kesiankan Ahmad yang memang boring sangat dengan aktiviti terhadi dalam wad tu. Mommy pun boleh tahan letih ler juga kan. Jadi Mommy terus telefon Daddy cakap boleh discharge. Do Daddy promise by 2 pm dia akan sampai untuk ambil kitaorang. Apa lagi Mommy pun mulalah berkemas.. Eh sebelum tu mommy mandikan Ahmad dulu, biar wangi dan cantik serta segar.


Ahahaha!Jangan tak caya memamng hobby mommy mnengumpul benda nih..heee. ha ko tengok ler berapa banyak ubat dia minum sepanjang 3 malam di sini.  Macam sayanag pula nak buang jadi mommy bersihkan dan keringkan dan bungkus bawa balik.

Sekejap jer pun berkemas sebab banyak barang Daddy dah bawa balik semalam. Dalam jam 11.45 gitu lunch pula sampai. Ahmad sibuk na ajak main kat luar..Iskkkk! Layan ler dia kejap lari-lari main kat koridor luar. Kemain gumbira mamat ni...Dah letih mommy aja dia balik bilik lunch dulu.


Jadi, inilah lunch for today. Black pepper chicken with rice, chicken creamy soup and fried cabbage. and same fruit..Mervelous!. Ahmad tak makan sangat nasi, tapi hirup sup semangkuk dan makan buah tu. Mommy suap juga paksa dua tiga sudu lepas ler. Lelain tu mommy ler habiskan. Hihihihi!

Dah selesai makan Discharge Department pun call suruh turun bawah settlekan bil..heee, yeay pasni buleh balik. Dah settle bil naik atas balik utnggu Daddy datang. Sekali Ahmad dah tertido pun, letih sangat dia. Jam 2.00pm Daddy sampai...and we were home.....semoga Ahmad terus sihat.

Comments

THE AUTHOR said…
Kita doakan bersama agar Ahmad cepat sembuh
emma marini said…
Terima kasih Hanif..he is getting better

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick