Followers

Saturday, September 15, 2012

Happy Birthday Danish

Alhamdulillah, hasrat hati nak kenduri ulang tahun kelahiran Amierul Danish terlaksana juga. Majlis disekalikan dengan sambutan rumah terbuka Aidil FItri di kediaman kak-M.

Danish dilahirkan pada 15 September 2003 di Greater Manchester General Hospital, Manchester, United Kingdom melalui pembedahan. Anak mummy yang dialhirkan seberat 2.4 kg ni kini dah pun sembilan tahun.


Kek Hari Jadi jadi ni kak-M order dari Bakers Cottage Seksyen 9, just nest ti Plaza Masalam. 3 kilo kek ni berharga RM198..heeee, rasanya boleh lah, to be honest akak lebih suka kek dari Kings Confectory, Sponge cake dia lebih lembut dan lembab. Baker COttage ni pula istimewanya sebab dia boleh lukis gambar di atas kek tu..heee, memang sangat seni. Kek ini kak-M order perasa vanilla dan coklat


Majlisnya dimulakan pada jam 3.00, petang, waktu tu memang tetamu dah sangat ramai. Wah! Kemai seronok lagi dia. Nuha dan Darwish pun tumpang seronok


Daddy punya idea lah ni, buatkan kek untuk semua anak-anak, biar sama-sama seronok. Jadi kek tu di letakkan gambar batman untuk Danish, Dora untuk Nuha dan Angry bird untuk Darwish..heeee. 

 Hahah, pastu sama-sama potong, Ahmad Darwsih tu memang kena pegang sebab bukan dia potong nanti diaramai habis kek tu..huhu


Sessi yang paling seronok ialah sessi buka hadiah, anak buah kak-M yang sorang ni memang dah jadi anak daddy dah ni, suka dia kalau dapat bermalam kat rumah kami. Yer lah ramai-ramai kan boleh meriah main sesama. Masa buka hadiah ni lah dia paling exited. Heee.


Sukanya abang dapat Samsung Galaxy Tab2 dari daddy. Ini pun sebab Abang dah boleh menhafal surah yasin walaupun baru lebih kurang 70% hehhe. INsyaAllah mummy percaya tak lama lagi Abang Pasti dapat menghafalkan dengan fasih .


Ha1 ni lah mereka betapa cerianya bila tiba masa nak buka hadiah. Tak sabar- sabar. Ahmad Darsih macam biasa sibuk dengan youtube upin ipinnya.

 Yeah! ini hadiah tak seberapa dari mummy. Heee, sukanya dia, esok nak projek pasang-pasang hadiah yang dia dapat ni..


Wah !Ahmad pun dapat juga hadiahnya. Aduhai, kelenting kelentong malam tu depa dok main muzik segala. Huhu entah ler apa-apa lagi di ketuknya.

Kepada semua yang hadir ke majlis ini. Kak-M ucapkan berbanyak terima kasih. Yang sudi bawakan hadiah untuk Danish juga terima kasih banyak-banyak. InsyaAllah murah rezeki tahun depan kita jumpa lagi.

2 comments:

hainom OKje said...

Hepy bezday dik..... semoga jadi anak yg soleh dan solehah ye...

Emma said...

thank you kakak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...