Ada orang mai raya daaaa, siapa tu?

Macam yang kak-M bagitau, hari minggu ni kami lepak jer. Pagi tadi pegi Klang jap lepak dengan mertua. Mertua pula sedang bersiap untuk ke Sungai Besar ada open house sana. Selepas mertua pergi kami pulang ke Shah Alam semula.

Kak-M dapat panggilan dari seseorang yang datang beraya. Hehehehe. gembira tak terkata sebab bukan ramai pun yang bertandang ke rumah kak-M. Tetamu ni adalah yang ketiga dalam senarai..heee. Maklumlah kami kan beraya di Klang. Jadi tetamu kami datang ke Klang.

Beliau yang dimaksudkan adalah salah seorang anak didik kak-M. Waaaa ! terharu beb masih lagi dia ingat nak visit tok guru dia nih..hehehhe. Alhamdulillah semuanya rezeki kan.

Tak tersedia sebenarnya kak-M ni. Dalam kepala ni yang boleh disediakan ialah bihun goreng sebab semua bahan pun ada. Jadi lah. Kak-M keluarkan udang dan ayam untuk dijadikan rencahnya.



Kemudian kak-M potong pelbagai jenis kek yang memang sentaisa ada dalam stok. Heee. Ingat lagi hubby kan ke Sarawak masa puasa dulu, jadi kek lapis Sarawak tu menjadi hindangan. Memang menarik kalau ianya tersusun indah.

Jam 6 petang sampailah dia. Dengan buah tangan tangan.Laksa Kedah tu. Alhamdulillah memang rezeki kami hari ni dapat makan laksa.

Begitulah kiranya kami menghabiskan hujung minggu ini. Sangat santai gitu.


Comments

Qaseehtolia said…
Oklah tu ada org yg nak datang beraya..laksa Kedah sedap tuhhh jauh datangnyer..
emma marini said…
heee...alhamdulillah murah rezeki kita

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick