Followers

Monday, August 13, 2012

Tirai Ratus, Beriani yang Best!

Hari ini dalam sejarah, sepanjang ramadhan, hari inilah paling lewat kak-M pulang ke rumah, sedar tak sedar dah jam 5.30 okeh...Tu dia kerja apa daaa sampai tak sedar masa dah lewat.  Apapun kak-M dah siap-siap call hubby suruh amik semua anak dari sekolah, jadi tak riau sangat bab anak-anak ini.

Memandangkan kerja yang terdesak mendesak, jam 4.30 baru call suruh akak arrange and organise itu ini, kena telefon pula professor itu ini, set pula masa, book pula dewan. haishhh bukanlah kerja mudah, Itulah sebabnya sampai 5.30 baru boleh balik. Apapun alasannya kerja tetap perlu diselesaikan. Alhamduliallah semuanya beres.

Hubby cakap tak payah masak lah petang, kita eli jer makanan, dah penat dan lewat pun nak masak bagai. Hubby suruh kak-M singgah ke Tirai Ratus sesyen 3 untuk beli nasi Beriani.


Tirai Ratus ni terletak di Seksyen 3 Shah Alam. Kalau mereka yang biasa dengan Shah Alam, restoran ini terletak di laluan belakang Restoran Mamak Syed Seksyen 3 tu. Parking pun senang. Masa kak-M sampai tadi jam 5.45 macam tu, tak der ramai pun orang, jadi cepat dapat order. Akak beli beriani ayam 2 dan beriani lamb satu. cukuplah buat kami sekeluarga. Memang sedap beriani dari Tirai Ratus ni. Selain tu ada juga menu-menu lain macam chicken chop, dan menu alacart lain. Kak-M tak pernah cuba menu lain. Tapi kalau tanya beriani memang kak-M berani cakap A+++ okeh. Memang sedap! Jadi sesapa yang nak cuba, boleh saja..:)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...