Qasidah Mak Tok

Pernah tak makan kuih ini. Ini adalah kuih tradisi orang utara. Mak saya suka sangat kuih ni. Dulu masa kat kampung, masa bulan puasa almost ada jer kuih ini hari-hari. Mengingtkan zaman itu hari ini kak-M terpanggil untuk buat Qasidah dan kak-M namakan ia sebagai Qasidah mak tok sempena ianya kuih kegemaran mak ka-M. Anak-anak tanay kuih apa ni mummy. Inilah Kuih Qasidah, mak tok suka sangat kuih ni. 



Nak membuatnya pun senang sangat hanya menggunakan barang asas yang semestinya ada jer kat rumah. Sukatan yang kak-M buat ini dapat lah satu bekas. Sedang elok lah untuk juadah satu famili.

Jom layan resepi nya dulu ya

Bahan-Bahan: 
2  cawan tepung gandung
4.5 cawan air kosong
2 cawan gula
5 ulas bawang merah digoreng keperangan dalam minyak sapi atau minyak biasa

Cara-caranya:
Campurkan tepung, gula dan air dalam satu bekas, gaulkan hingga semuanya sebati. Massak di dalam kuali/periuk, kacau sentiasa sehingga pekat dan likat. Sama seperti membuat puding kastard. Tuangkan dalam belas dan biarkan ia menyejuk dalam 30 minit. Taburkan bawang goreng diatasnya. dah sedia dihidang.


Sambil makan qasidah sambil nengok final Olimpik. Semoga LCW beroleh emas....Ya! Malaysia Boleh!

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick