OPS Kemas

Yeay! Mulakan hari ni dengan Bismillahhirahmahnirrahim...Seperti yang dirancang, hari ni kita OPS Kemas. Hehe jagan memain, operasi kemas rumah ni memang massive okeh. Kak-M sebenarnya dah book seorang cleaner untuk datang kemas. Tapi tah mana dia pergi tak jadi datang. Hampeh betui. Depa tu la ni panjang orang bayar lebih kan..ahhh suka hati korang lah. Jadi mak ler sendiri ngemas rumah ni.



Mujurlah rumah pun sekangkang kera, tapi nak settlekan dua tingkat tu parah ler juga. Laki aku..erkkk tak tau lah mau nolong atau idak. Tak kisah ler, kak-M bukan jenis suruh-suruh, kalau terasa hati nak nolong, sangatlah di alu-alukan. Yang penting sepanjang OPS Kemas jangan lupa yer....apa? huhu macam dalam ganar kat bawah tu...jom kita mulakan sekarang!



Jadi macam biasa kemas dulu yang ditingkat atas okeh. Anak-anak akak bagi tugas salin cadar untuk semua bilik.Heee, mudah jer tu. Dah akak mulakan dengan sapu sampah dan vakum habuk. pastu mop lantai dan buang habuk lampu dan kipas. Iskkk mau demam nih, hahahah koman sungguh, semedang nak demam kalau mengemas rumah.

Selesai tingkat atas kita turun bawah pula. Bawah ni lebih cerewet nak ngemas sebab penuh segala macam mak nenek. Oiii padan muka sapa suruh beli segala perhiasan kan..hahah, sendri mau ingat la,.Apa boleh buat, kita kemas jer lah perlahan-lahan. Buat kerja mengemas ni rahsianya kita kena enjoy okeh. Bukan ngemas kerana terpaksa. Jadi bila kita enjoy memang akan terasa sangat bahagia mengemas ni..hahah gitulah tips dan rahsianya.

Dah siap hall dan dining area, kita masuk dapur. Akak memang suka kalau dapur sentiasa kemas, jadi akak ni jaga dapur tu lebih sikit dari area lain. Tak teruk nak ngemas dapur ni sebab kecik jer ruangnya pun. Peti ais akak sub con pada anak-anak..hahahah, yang tak posa tu sambil negmas sambil teguk air, baguih la anak oii. Takpa asalkan cuci calat peti ais kan kan.

Pastu cuci bilik air, pula dan ahirnya cuci porch. Yang ini memang mencabar gak sebab kalau dah agak rembang, erkkk melelh ler mak, panas oii, tapikan kalau dah lantai porch tu bersih licin memang sedap mata memandang. 

Pastu, kira selesai la segala, maybe boleh lah zzzzzzzzzzzzzz! Penat oiiii.. Amacam? you olss dah mula OPS Kemas?




Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick