Followers

Thursday, August 2, 2012

Nasi Tomato Ayam Merah...terbaik!

Menu apa hari ini? Kak-M sebenarnya taknak masak hari ni, sakit kat tulang belikat tu macam menjadi-jadi pula. Ini lah kesannya bila bawa handbag yang berat. Baru padan muko ekau..hi hi hi.

Tapi kan, tetiba itu incik suami telefon cakap nak makan Nasi Tomato hari ini. Aiseh! Amacam? Camno nak rehat takmau masak, makanya kena lah eden ni ha poyi kodai beli barang. Heeee.

Lebi kurang jam 4.30 kak-M dah clock-out terus ke Kedai Pak Aji.Biasalah tu jer tempat yang boleh dapat semua barang. Tapi Agak sibuk sikit sebab ada PAsar ramadhan situ. 



Bali jer rumah dah jam 5.00 petang..huishhh. letih dah eden ni, terus turnkan bebudak tu dan terus bawa barang ke dapur. Basuh ayam bersih-bersih, taruk kunyit dan garam, goreng!. Basuh beras 2 pot je then masak macam biasa. Kemudian tumiskan bawang putih dan bawang merah bersama kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga dalam margerin yang dipanaskan hingga naik bau dan masukkan tomato puri dan gaul rata pastu tuang je dalam periuk yang ada beras tadi.Gaul rata dan tuangkan setengah cawan susu cair serta garam secukup rasa. Kak-M letkkan juga daun pandan untuk bau yang harum.



Wah! Udah macam supermak lagi. Bersilat bagai kat dapur. Sekarang biarkan nasi tu memasak dengan sendirinya. Ayam goreng tadi akan dimask merah. Sambal tumis nasi lemak semalam masih berbaki, senang sudah keja ahkak, panaskan sambal semalam, tambahkan lebihan tomato puri serta sedikit sos cili dan gula, Gaul rata dan biarkan mendidih sedikit lalu masukkan ayam yang siap digoreng tu, siap! Hee macam mudah jer kan...tapi kalau korang nengok kak-M kat dapur..huhu memang tak bersuara lagi. Memasak dengan penuh konsentrasi...muahahahah!


Yang paling senang ialah jelatah, tapi kali ni versi salad sedikit. Akak saga carrot, potongkan kobis ricih-rich, bawang merah juga cili merah dan timun. Masukkan gula, garam dan sedikit cuka. Siap..heeee..kan senag gitu.:)

Lepas solat maghrib, baca yasin dulu..pasti aku dah tergolek

2 comments:

UmmiQusyairi said...

Salam,
kita baru nak baut untuk buka esok.. Tak pernah buat sebelum ni,, Nak cuba la..

Emma said...

Cuba jangan tak cuba...versi saya ni semua orag buleh makan sebab tak pedas...cer cari resepi dari otai, saya macam biasa campak campak jer..heee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...