Mencari Rahsia 10 Ramadhan Terakhir


Daripada Aisyah RA : “Apabila masuk malam 10 terakhir Ramadhan, baginda SAW menghidupkan malam dengan beribadah, mengejutkan ahli keluarganya bersungguh-sungguh dan uzlah (menjauhi) isteri-isterinya”. (HR Bukhari & Muslim)
Assalamualaikum wbt.
Sedar tak sedar kita telah pun berada di dalam 10 Ramadhan terakhir. Tadi kak-M ada bebrbual sebenrtar dengan Bonda di Jitra melalui telefon, Kata bonda, nenda telah selamat dikebumikan di Perkuburan Aloq Melintang. Semua urusan berjalan dengan baik sekali, Nenda disolat jenazah oleh puluhan sedara Islam. Bonda kak-M cakap hampir 100 orang juga yg datang menziarahi nenda. Betapa murah rezeki nenda, meniggal dunia setelah 15 Ramadhan. Khabarnya ia sesuatu yang baik. Bahagianya nenda dikebumikan disebelah pusara suaminya. Ya,Allah sungguh indah perjalanan yang telah kau aturkan ini.
Terasa begitu pantas masa berlalu dan kini kita sudah berada di fasa terakhir bulan Ramadhan iaitu Fasa Pembebasan daripada Api Neraka. Sesungguhnya , pada sisa Ramadhan yang terakhir inilah Rasulullah SAW meningkatkan amal ibadahnya lebih hebat daripada kebiasaan Baginda pada bulan-bulan lain dengan Qiamullail, iktikaf dan sebagainya.
Pada 10 hari terakhir ini terdapat fadhilat yang cukup besar lantaran salah satu daripada malamnya merupakan malam yang lebih baik daripada seribu bulan, iaitu malam Al-Qadr (Lailatul-Qadr). Laylatul Qadr telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :
laylatul qadr Menghidupkan 10 Malam Terakhir Ramadhan
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur’an) ketika Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Al-Qadr: 1-5)
Beribadah di malam itu dengan ketaatan, solat, tilawah, zikir, doa dan sebagainya sama dengan beribadah selama seribu bulan di waktu-waktu lain. Seribu bulan sama dengan 83 tahun 4 bulan. Betapa tinggi nilainya saat yang kita lalui sekarang. Malanglah kita sekiranya makin lemah dan cuai dalam melakukan ibadah meskipun Ramadan semakin hampir meninggalkan kita.
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa melakukan shalat malam pada saat Lailatul Qadar karena iman dan mengharap pahala Allah, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Muttafaq ‘Alaih)
Contoh yang ditinggalkan kepada kita oleh baginda SAW wajar dijadikan pedoman di dalam mengisi hari-hari terakhir Ramadan ini. Kurangkan menonton televisyen atau mengunjungi pusat-pusat membeli belah. Kerana inilah fenomena yang sering kita lihat dewasa kini. Sama-samalah kita penuhilah malam-malam terakhir Ramadhan yang menjadi rebutan para hamba-hamba Allah yang beriman dan bertaqwa dengan solat Tarawih, Tahajud, Tasbih, membaca Al-Quran, I’tiqaf, zikir, doa, istighfar dan sebagainya. Tentang waktunya,
Rasulullah SAW bersabda: “Carilah Lailatul Qadar pada (bilangan) ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari, Muslim dan lainnya).
Sesungguhnya, Laylatul Qadr sengaja dirahsiakan oleh Allah sebagai ujian kepada kita dalam mencari rahmat dan kasihNya. Bagi mereka yang benar-benar beriman keghairahan mencari reda Allah menjadikan mereka begitu teruja meningkatkan pencarian ganjaran berlipatganda yang dijanjikan oleh Allah SWT. Sebaliknya bagi mereka yang alpa dan lupa, saat-saat ini seringkali dipenuhi dengan aktiviti persiapan hari raya yang menyibukkan mereka lalai untuk beribadah dan  terlupa promosi istimewa pembebasan daripada azab neraka yang dijanjikan oleh Allah di penghujung Ramadan. 
Petikan ini kak-M amibil dari http://www.almuhandisu.com/menghidupkan-10-malam-terakhir-ramadhan/ untuk rujukan dan simpanan kak-M.
Teringat kata-kata Ustaz Azhar Idrus, betapa Rasulullah beribadah mencari Lailatul Qadr pada 10 Ramadhan terakhir dan kita sekarang berkejar mencari jualan murah di akhir Ramadhan. Renung-renungkan lah dan selamat beribadah.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick