Ice Cream Free

Dua tiga hari ni memang kecoh kes ice cream free ni. Heheh apa lagi kalau bukan dari Baskin RObin tu, alah aice cream yang mahal berdengung tu. Dek kerana performance Datuk LCW yang bagus dalam Olimpik, Baskin Robin bermurah hari memberikan 1 scoop ice creame pada 8 August 2012 mulai jam 8 malam hingga 10 malam.



Wah, dengar cerita kemain lagi orang berpusu ke sana nak dapatkan satu scoop ice cream percuma. Ko ada pergi ker? Akak? Eh tak kuasa den. Katanya beratur sampai 1 km, wah,, udah tu kul brapa baru dapat makan.Iskkk naper ada yang sanggup gitu yer. Apa pun kredit lah kepada Baskin Robin diatas usaha murninya meraikan kejayaan Malaysia walaupun tidak beroleh emas. Banyak juga tu peruntukan yang dia bagi free. Udah Olimpik berlangsung dalam bulan Ramashan kan, takkan ler pula yang bagi free di siang hari, nampak sangat tak adil kan, mau ada yang komplen pula. Jadi dia bagi free waktu malam lah.

Renungan bersama yer dik non, dari beratur panjang dan menunggu masa yang begitu lama dek satu scoop ice cream free, tak der pula yang terpikir betapa free pahala ibadah 70,000 kali dalam bulan Ramadhan ni. Surau tinggal 2 saf jer, dek penangan depa pi beratur nak dapat satu scoop ice cream free. Iskkk apa sudah jadi ni.?

sumber http://khairulryezal.blogspot.com/2012/08/demam-baskin-robbins-melanda-negara.html

Akak ni jangan kata satu scoop free, kalau bagi 10 scoop pun tak kuasa aku nak menyibuk dalam keramaian beratur panjang tu. Rugi ka kalau tak dapat ice creame tu..eh dak eh,,, tak berdosa pun kan.?

Jadi renung-renungkan lah dan selamat beramal. :)

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick