Hujung minggu yang santai...

Hujung minggu ni memang tenang jer. Pagi Sabtu kak-M bawa Danish dan Nuha ke office. Akak memang ada kerja yang harus dibereskan. Jam 2 petang baru balik rumah. Petang Sabtu, akak berbuka bersama adik lelaki dan keluarganya di Ukay Perdana. Wah simple habis berbuka kat sana. Sedap sangat cucuq jagung maklang, habis licin kitaorang makan. Nuha dan Darwish kemain suka lagi. Maklang masak sup daging, sambal udang dan sayur kobis goreng. Uncle Waqas pula belikan ayam golek..Huishh lepas tu dah semua orang tergolek kekenyangan.

Dukacita masa tu balik jer dari Ukay Perdana kak-M menerima khabar sedih, nenda di kampung meninggal dunia jam 10.00 malam sejurus selepas kitaorang sampai Shah Alam. Al-Fatihah buat nenda keayangan. Terkilan kak-M tak dapat pulang memandangkan suami masih di  Sarawak atas urusan kerja.. Cucunda sedekahkan doa buat nenda, semoga roh nenda tenang di sana.

Hari Ahad pula memang lepak-lepak jer kat rumah, layan FB, layan TV dan blogwalking. Petang pun akak masak simple, kari ayam jer, telur goreng mata kerbau dan adik ipar gorengkan cucur bawang. Malam pula kitaorang standby jer nak ambik Daddy pulang dari Sarawak. Flight tiba jam 11.00pm. Tu dia semua nak ikut ke airport. Huhu macam bertahun tak jumpa Daddy.

Macam biasa Daddy kalau balik dari Sarawak memang tak lupa bawa balik kek lapis Sarawak. Yup, buah tangan yang sangat istimewa dari Sarawak. Disamping terubuk masin dan udang kering yang memang kak-M pesan. Udang keringnya memang cantik sangat. 



Hari Isnin, kita Selangorian cuti Nuzul Quran. But Daddy's working sebab office nya dalam Wilayah..heee, maka santai lagik akak kat rumah. Hari ini menghabiskan kerja-kerja sereka baju. Huhu mau tahan seminggu baju akak iron. Petang tu dah siap-siap semua berbuka kat rumah bonda di Klang. Memang dah janji dengan bonda  mertua nak bawakan Nasi Arab. Dah lama dia nak makan Nasi Arab. Katanya sedap Nasi Arab yang Seksyen 7 punya. Okeh, Jam 9.30 malam we all back to Shah Alam. 

Hmm sesikit kak-M mengemas di dapur, sebab tak memasak jadi takder sangat yang nak dikemaskan. Tetiba teringat pula akan kek-Lapis Sarawak tu, jadi bancuh teh'o' then makan sikit, ala-ala supper gitu.



Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick