Followers

Wednesday, August 1, 2012

Duit Raya Sampul Raya

Sedar tak sedar dah pun masuk puasa k 13, hampir setengah bulan kita berpuasa. Apa amak ibadat kita juga bertambah? Harap-harap gitu lah yer.

Dah dekat dengan nak raya ni macam-macam dok pikir. Kak-M hari ni menguruskan pertukaran ringgit Malaysia untuk masuk dalam sampul. Memang tiap-tiap tahun akan buat benda yang sama. Tapi kali ni tak yah lagi beratur panjang kat bank, akak bagi jer duit pada biras akak minta dia tolong tukarkan sebab member dia memang selalu berurusan dengan pihak bank ni. Lega satu hal.


Cantikkan duit baru ni? Ala-ala colour pastel gitu :). Duit RM20 tu cukup mengancam. Tapi ntah ler dapat ker idak duit baru ni, tentu semua orang pun dok menunggu nak tukar duit baru ni.

Kalau udah ada duit ini harus ler ada sampulnya kan? Sejak dua menjak ni, kak-M notis satu perkara. Agak sukar nak dapatkan sampul duit. Terkini akak dapat jari Jakel sebab beli karpet dari Jakel tempoh hari, itupun Baru 10 keping..hihii, dan sampulnya adalah sampul Ariani. Tak kisah ler cop apa sampul tu kan. Apakah sampul-sampul ni sekarang dah kena beli semuanya , tak der lagi free seperti yang dapat dari bank tu. Iskk leceh juga kalau tak der sampul kan.

 Heheh, syiok juga kalau ada sampul Angry Bird gini, bagi ke budak-budak mesti depa suka. Tapi mesti kena beli punya kalau nak gini kan.


Jang jenis ni biasanya pasaraya hypermark yang bagi. Heee. but kali ni pi shopping masih belum dapat satu pun. Maybe supermarket pun belum ada stok. Akak selalu juga dapat dari Maybank. Sebab dulu selalu beruruniaga di sana kan. Tu pun beberapa keping jer. Jadi lah kan. Tahun ni raya kat dua kampung. Jadi kena prepae lebih duit rasa dan sampul raya...:)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...