Dia mula dah....shoppsss

Ngeeee!, Rencana nak shopping hari Rabu yek, sudah tukar. Hari minggu kat rumah bonda mertua ni agak membosankan. Jadi aku salin baju terus hangkut kakak dan abang keluar. Si kenit daddy jaga kat rumah. Kalau bawa dia alamatkan balik macam tu jer, tak ler nak beli apa pun.

Tak kemana pun, saja ronda-ronda kt simpang empat Susngai Udang. Macam biasa, tahun lepas pun memang kak-M ke MU supermarket ni, cari songkok dan samping abang. Pastu kat kedai sebelahnya belikan Nuha sepatu. Wah..syok depa dapat persalinan baru. Jangan Auntie eton tak siap jahit baju kurung udah ler. Malam tadi dah call folow up, Katanya lusa siap. Alhamdulillah, baju mak juga yang tak siap.

Tu dia susunan songkok segala, cuba dulu yer adik-adik pastu baru beli. Abang punya saiz 19S, heee, senang jer mak, pakai jer terus muat terus bayar, tak kose dah nak pilih-pilih bagai. Alahai songkok tu pun berani jamin pakai 3 kali je, raya pertama, raja haji dan sambutan hari raya kat sekolah dia.Kan..wat per lah nak beli yang brand bagai.

Kali ni beli samping labuh sikit, dulu dah tersalah beli, singkat benau..hahahhaha, dah labuh ni akak kena alter sikit bahagian pinggangnya yang sedikit longgar tu. Tak kisah ler asalkan boleh sarung cantik dipagi raya. Samping ni pun berani jamin, memang tiga kali gak pakainya.


Ha kan, korang nampaknya betapa harga samping cantik-cantik ini sangat murah. Cuma RM7.90 sahaja. Heee, memanglah belanja berhemah di sini. Songkok tadi cuma RM7.00 sahaja okeh. Memula aku macam tak percaya jer, dua kali tanya tokeh tu..erk!, berapa semua tokey..empat belas ringgit sembilan puloh sen sahaja. heeee.. murah woooo.


 Hah! Kak Salmah ni kalau shopping memang pantas jer, aku tak dernya nak pilih memilih, kalau dah berkenan, kena dengan warna dan saiz memang terus bayar. Tak suka nak buang masa banyak dalam satu satu kedai. Memang selamanya macam tu akak shopping. Kalau boleh tak yah bawa bebudak ni, tapikan nanti tak kena saiz pula.


Hah, kan, pakai pun baju macam nak masuk tidor jer, hahhahha, sempoi habis, alahai shopping kat area kampung macam tu la. Releks jer dua beradik ni, ikut jer cakap mummy. Bagus mood depa hari ni dan cepat selesai urusan akak.


Ha! dan inilah hasilnya, Betapa pink nya kasut kakak..heee lantaklah itu yang dia nak, mummy bayarkan jer, lawa plak samping abang tu....harap2 sesuai lah dengan warna baju melayunya. Kalau tak jenuh akak kena marathon sekali lagi cari samping. Ini pun kira dah jimat masa , banyak urusan dah selesai. Okeh..itu saja laporan hari ni..Tata titi tutu...:)

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick