Followers

Friday, August 10, 2012

7 Hari jer lagi

Dah masuk minggu terakhir ni, makanya lagi 7 hari saja menjelang 1 Syawal. Selepas tu seluruh umat Islam bakal meraikan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa.



Menjadi kebiasaan lah kan seminggu yang terakhir ni semua benda nak buat. Ada yang mula susun shopping kompleks marathon cari keperluan hari raya. Ada yang dah marathon buat biskut raya, tailor semua dah marathon siapkan semua tempahan baju (errkkk baju akak belum siap dik nun...). Ada yang dah mula pasang pelita keliling rumah. Tak kurang yang dah mula tukar langsir segala.

Begitu banyak urusan menjelang Aidil Fitri ni kan. Kak-M baru nak mula OPS Kemas esok pagi. Jadi dah pesan ke anak-anak tidor awal, esok bangun awal tolong mummy mengemas. Sebab petang pula balik berbuka kat rumah bonda mertua, jadi urusan mengemas harus dilakukan di waktu pagi. Dengan harapan  tengahari tu dah siap, insyaAllah.

Untuk menggunakan baki hari yang ada ini sebaik mungkin, akak dah susun beberapa tugas untuk dibereskan. Kih kih kih, tak heran ler kalau kengkawan panggil akak skema..ini pun nak buat jadual bagai. Tak kisah ler kan, asalkan semua kerja dapat diatur dengan baik

Sabtu  : Kemas rumah atas bawah termasuk mop laintai, basuh bilik air,lap habuk, buang habuk kipas dan lampu, cuci peti ais, kemas dapur, ruang tamu bilik dan tukar cadar semua.

Ahad : Pasang langsir rumah bonda mertua. Sereka baju untuk 3 hari bekerja

Isnin  : Masuk Office.Selesaikan semua order kuih raya teman-teman. Shopping cari songkok anak, samping dan tudung, kasut anak (hahah baru terhegeh nak cari, jenuh ler berebut dalam keramaian). Hantar cadar segala ke laundry (boleh jer nak basuh di rumah tapi tak muat penyidai..huhu dobi jer lah)

Selasa : Masuk Office. Petang beli barang-barang buat kek

Rabu : Masuk Office.

Khamis:  Projek membaking, kek buah kukus dan kek prune

Jumaat: Balik rumah bonda, tolong mana-mana patut.

Sabtu: Bincang dengan bonda mertua nak buat menu apa untuk pagi raya. Lap semua mangkuk kuih (ini kerja tetap eden) Sereka semua baju raya. Isi duit raya dalam sampul.

Ahad: Aidil Fitri menjelang tiba.

2 comments:

Hanif Idrus said...

Hari ini...cat umah...

Emma said...

wah, hebat yer, cat rumah lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...